Pages

Peminat Novel

Blog Page

31 Jul 2013

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 14)


Istimewa buat Aisyah yang comel tapi ganas! =P
Abang rindu Aisyah sangat-sangat. Harap Aisyah suka ya dengan pemberian abang ni (^^,)
Salam pertemuan,
Ahmad Luqman

BERULANG-ULANG kali aku baca kad ‘Salam Pertemuan’ yang diberikan oleh Abang Luqman. Ye ke tak ye Abang Luqman ni? Dia memang betul-betul rindukan aku ke dia nak main-mainkan aku? Bulan ‘April Fool’ dah lepas kalau dia nak kenakan aku. Tapi kalau dah bagi kad dengan coklat ni takkan dia nak main-main pulak kan? Maknanya dia betul-betul rindukan aku lah? Aku pun... rindukan... dia... sebenarnya... ewah!
Ard pula tergeleng-geleng melihat perangai aku. “Hari tu kau mabuk cinta dengan surat dari secret admirer kau tu. Sekarang ni kau angau dengan kad salam pertemuan Abang Luqman la pula. Sha, Sha...”
Ard mula membebel macam mak nenek! Aku pekakkan telinga je. Yelah, kali pertama dua orang lelaki sekali gus bagi sesuatu yang aku rasakan sangat istimewa. Mahunya aku tak jakun?
“Aisyah!” panggil satu suara. Aku menoleh. Terkejut aku melihat Abang Luqman berjalan ke arahku. Aku dengan pantas terus menyimpan kad yang Abang Luqman berikan kepada aku pagi tadi. Muka aku memang serius menggelabah!
“Ye, Abang Luqman....” jawabku. Muka aku maniskan dengan senyuman lebar. 
Ard sempat menyiku lenganku tanda isyarat, ‘tu ke Abang Luqman kau?’
Aku faham sangat bahasa isyarat Ard ni. Yelah, kami kawan baik sejak dari semester pertama lagi. Cerita suka duka semua kita orang kongsi bersama. Jadi, aku faham sangat perangai dia. Dia pun faham sangat perangai aku.
Aku hanya memberi anggukan perlahan tanda mengiakan ‘bahasa isyarat’ Ard.
Abang Luqman yang baru tiba terus duduk di sebelahku. Waktu ni kita orang duduk dekat meja bulat  yang selalu menjadi port budak-budak buat study group. Aku mula-mula memang berniat nak discuss assignment dengan Ard tapi disebabkan kepala asyik teringat kad Abang Luqman tu buatkan aku hilang ingatan pada assignment yang aku nak buat bersama Ard.
“Hah... berangan apa tu?” sergah Abang Luqman tiba-tiba.
“Hah?” aku yang seperti sedar dari mimpi hanya memandang muka Abang Luqman. Wajahnya yang berseri-seri dengan senyuman sedikit menyentakkan jantung. Serius, sekarang jantung aku mula menari-nari tidak seirama. Kejap joget dangdut, kejap lagi bershuffle. Hai laa...
“Abang tanya, Sha berangankan apa? Berangankan siapa? Ingat dekat boyfriend eh?” usik Abang Luqman.
Aku pandang muka Ard sekilas kemudian kembali memandang Abang Luqman.
“Haah. Aisyah teringatkan buah hati Aisyah ni...” balasku membalas gurauannya.
Kulihat muka Abang Luqman terus berubah keruh. Aik? Kenapa ni? Tadi elok je ceria?
Aish... Aisyah gurau jela. Siapalah nak kan Aisyah ni, bang. Muka tak cantik, perangai tak semenggah pula tu. Kalau ada yang nak dekat Aisyah, memang Aisyah akan suruh dia fikir dua tiga kali jugak. Betul ke nak dekat Aisyah yang entah apa-apa ni...” terangku panjang lebar.
Tiba-tiba muka Abang Luqman kembali ceria. Aku dan Ard saling berpandangan. Apa kes ni?? Namun aku tidak ambil pusing. Mungkin begini sikap Abang Luqman. Sekejap mendung, sekejap cerah. Biarkanlah...
“Alah... muka tu tak penting. Yang penting, hati. Hati kena baik. Perangai pula boleh diubah pelan-pelan. Kalau takde yang nak kan Aisyah, abang kan ada?” balas Abang Luqman bersama senyuman manis.
Lagi hairan aku melihat sikap dia. Apa maksud dia; ‘Abang kan ada?’
“Merepeklah abang ni...” aku cuba menyangkal teka-teki yang bermain-main di fikiran.
Muka Abang Luqman kembali mendung. Pula dah mamat ni? Semacam betullah perangai.
“Hai, saya Ard. Saya ni kawan sebilik, sebantal dan sekatil Sha. Opsss... maksud saya Aisyah...” Ard memperkenalkan dirinya kepada Abang Luqman. Mungkin dia juga berasa hairan melihat reaksi Abang Luqman yang kerap sangat bertukar ‘mood’.
“Luqman. Abang Luqman. Ard sebaya Aisyah, ya?” mood Abang Luqman kembali ceria. Aku tergeleng-geleng memikirkan sikap Abang Luqman sebentar tadi.
“Haah. Kami sebaya. Satu fakulti pulak tu. Abang dah lama kenal Aisyah?” Ard mula mengorek rahsia. Tiba-tiba aku jadi berminat pula mahu mendengar cerita Abang Luqman ni. Dia betul-betul ingat aku ke tak ek?
Abang Luqman senyum lebar. “Mestilah abang ingat. Kalau Ard nak tahu, Aisyah masa sekolah dulu macam lelaki tau... dengan kain senteng sampai buku lali, beg ala-ala askar tu, terjerit-jerit. Satu sekolah kenal siapa Aisyah ni tau. Tomboy comel yang belagak nak jadi lelaki...” cerita Abang Luqman.
Aku sudah tersipu-sipu malu. Aku takde cerita dekat Ard pun macam mana aku masa sekolah dulu. Ha ha ha! Kantoi!
“Yeke, bang? Aisyah ni memang perasan tak sudah. Dia belagak nak jadi jantan sangat...” kutuk Ard.
Terjengil mataku mendengar kutukan Ard. Kurang masam punya kawan! “Eh... kau ni Ard. Melebih pulak eh? Mengata orang. Dia pun lebih kurang sama je.” aku membentak, pura-pura marah. Alah, aku sikit pun tak terasa hati dengan kata-kata Ard. Memang beginilah aku sejak dari bangku sekolah lagi. Jadi, apa yang nak dihairankan?
Abang Luqman ketawa. Aku tak tahu apa yang lucu sangat sampai dia boleh gelak sakan macam ni. “Dah kenapa abang ni duk gelak-gelak?” soalku sedikit tidak puas hati.
Abang Luqman masih gelak. “Mana tak gelak. Korang berdua ni macam anjing dengan kucing...”
“Alah... belum lagi abang tengok Aisyah gaduh dengan Am. Lebih dari anjing dengan kucing. Macam Gorilla dengan Dinasour!” cerita Ard tiba-tiba.
Mencerlung mataku memberi amaran kepada Ard supaya jangan lebih-lebih membuka cerita. Ard hanya mencebik.
Abang Luqman ternyata terkejut dengan cerita Ard. “Siapa Am tu?” soal Abang Luqman ingin tahu.
“Ha... takde siapa-siapa. Tak penting pun...” aku memberi alasan.
Mata Abang Luqman yang memandang tepat ke dalam mataku membuatkan jantungku semakin tidak keruan. Bersungguh-sungguh aku menyakinkan bahawa ‘Am’ itu bukan sesiapa bagi aku. “Betul. Tak penting pun....”
“Betul ni?” soal Abang Luqman meminta kepastian.
“Betul....”
“Okey. Abang tak suka Aisyah berkawan dengan sebarangan orang. Abang betul-betul tak suka. Abang serius ni...” tekan Abang Luqman.
Aku terdiam. Apa maksud Abang Luqman?


JAUH dari sudut koridor, berdirinya Am. Dia mendengar dengan jelas yang Sha berkata dia langsung tak penting dalam diri Sha. Am mendengus kuat.
Entah kenapa, hati ini menjadi sakit melihat Sha berbual mesra dengan lelaki yang tidak dikenali itu. Siapa lelaki itu? Apa hubungan lelaki itu dengan Sha? Kenapa mereka kelihatan mesra? Secara tiba-tiba terbit rasa cemburu dalam hati Am.
Sebelum ini, Sha hanya akan memberi tumpuan kepadanya biarpun mereka hanya bergaduh dan bertekak. Itu sudah cukup puas bagi Ard. Tapi sekarang, dia seperti dapat merasakan yang Sha sudah jauh daripadanya. Dia tidak suka dengan perasaan yang tiba-tiba hadir, namun dia tidak mampu menyangkal perasaan itu. Biarpun dia belum tahu apa maksud ‘rasa’ yang dia alami ketika ini.
“Aku akan buat surat cinta banyak-banyak untuk kau, Sha. Biar kau jatuh cinta pada aku. Ini balasan untuk kau sebab kau berani layan jantan lain...” melucut kata-kata itu dari mulut Am.
Tidak mahu hati terus sakit melihat kemesraan di depan mata, laju kakinya melangkah menuju ke kedai buku. Hatinya nekad mahu mencuri hati Sha!