Pages

Peminat Novel

Blog Page

20 Dec 2012

Puisi: Cinta





Cinta datang membawa bahagia,
Cinta pergi membawa derita,
Ke mana harus ku bawa,
Agar ia tidak memberi bencana....

Kata orang, indahnya bercinta,
Jika indah, mana buktinya,
Kata orang, pedihnya bercinta,
Jika pedih, mana buktinya.....

Walau apa pun yang terjadi,
Percayalah cinta itu pasti,
Meskipun sukar untuk mempercayai,
Namun kita pasti akan merasai,
Kerana cinta itu lahir dari hati.....
12 Dec 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 7)




'Surat cinta untuk Sha.'

AKU pandang surat itu dengan pandang pelik plus terkejut. Siapa yang bagi aku surat ni? Aku ada secret admirer ke? Oh boy! I like!
“Apa tu?” soal Ard.
“Entah.” Jawabku sepatah.
Ard mahu berebut dengan aku tapi aku lagi power mengelak.
“Rileks, derr. Surat ni atas nama aku. Yang kau gelabah kenapa?” soundku selamba.
Ard mencebik bibir. Malas nak berlawan kata dengan Sha. Takkan pernah menang!
Aku membuat sampul surat berwarna merah hati itu dengan cermat. Takut terkoyak. First time ada secret admirer. Mahu tak jakun!
Aku intai isi di dalamnya. Ada sehelai kertas dan..... wangi. Orang ni letak bedak selori ke apa? Tapi..... tapi  sweetlah!
“Bacalah weh.” Ard mencelah.
“Sekejaplah!” bentakku.
Aku mengeluarkan surat itu dan mula membaca bersama-sama Ard.

Dikau bagai bunga yang hadir untuk kumbang,
Dikau bagai awan yang hadir untuk hujan,
Dikau bagai cahaya yang hadir untuk matahari,
Jadi dunia akan lebih lengkap jika....
Dikau bagai Hawa yang hadir untuk Adam.
With love,
Mr. A

Peh! Gila jiwang!” jerit Ard tiba-tiba.
Aku pantas menekup mulut Ard. Gila apa terjerit dalam kelas. Nasib baik lecturer tak sampai lagi!
Syhh. Senyap sikit. Mulut kau ni, aku sumbat dengan tiub baru tau!” aku mengugut. Ard hanya tersenyum sumbing.
“Siapa Mr.A tu beb? Tak sangka seyh, kau ada secret admirer. Tomboy macam kau pun ada orang pandang.”
Hello, nampak aje tomboy, tapi muka cute!” kataku slumber.
“Bilalah aku nak ada secret admirer macam kau ni?” kata Ard lemah.
Aku memeluk bahu Ard.
“Rileks geng. Esok-esok adalah tu. Sekarang ni bagi aku layan mood jiwang aku dulu. Aku suka beb statement dia. Dikau bagai Hawa yang hadir untuk Adam. Gila romantik!” aku pula menjerit. Excited punya pasal. Lupa semua!
“Kau rasa esok aku dapat surat cinta lagi tak?” soalku teruja.
“Entah.” Balas Ard sepatah.
“Ni yang aku tak suka ni. Aku soal panjang lebar, kau jawab entah je?” marahku tiba-tiba.
He he he.. aku rasa esok mesti ada lagi surat cinta tu..” kata Ard. Tahu takut. He he he.
“Jom! Disebabkan aku terlampau happy, jom aku belanja kau dengan Sarah makan. Cakap je nak makan dekat mana. Aku belanja.”
“Betul ni?” muka Ard berseri-seri apabila dengar perkataan ‘makan’ dan ‘belanja’. Memang laju je!
“Betullah...” kataku malas.
“Lepas kelas, aku bawak kau satu tempat. Tapi kau jangan tak bayar pulak! Aku bulan ni pokai sikitlah. Repair lap-top aku tu. Tu yang kureng tu..”
“Aku bayarlah!” kataku tidak puas hati. Kalau dah nama nak belanja, takkan orang lain kena bayar pulak, kan?

SENYUMAN mekar terukir dari seulas bibir yang lembab. Sikit lagi nak masuk perangkap aku.
Dia melihat dari jauh reaksi Sha apabila menerima sepucuk surat cinta daripadanya. Muka Sha ketika itu, gembira bukan main. Iyelah, baru pertama kali dapat surat cinta.
Tomboy macam kau ada ke jantan nak?” kata Am sinis.
Dia terus berjalan menuju ke kafe setelah berpuas hati dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.
“Balik nanti, aku nak singgah shop. Nak beli kad wangi banyak-banyak. Nak ajar sikit minah tomboy tu.” Dia tersenyum sinis.


“AKU rasa macam nak balaslah surat tu.” Aku memberi cadangan kepada Ard.
Membulat mata Ard mendengar kata-kataku. Nak terkejut sangat kenapa?
“Kau biar betul?” soal Ard inginkan kepastian.
“Betullah. Ingat aku main-main?” kataku.
“Tapi kau mana kenal dia? Dan kau tak tahu nak bagi surat tu dekat siapa. Jangan buat pasal, Sha. Entah-entah budak nakal nak kenakan kau ke?” duga Ard.
“Rilekslah, geng. Aku tahu apa aku nak buat. Kau jangan risaulah. Aku pun nak berkenalan juga dengan Mr.A tu. Siapa agaknya dia kan?” soalku cuba membayangkan siapa lelaki yang sudi memberinya surat dan juga kata-kata romantis. Hati wanitanya melonjak riang.
“Suka hati kaulah, Sha..” putus Ard akhirnya.
Sha hanya tersenyum manis. 

"Tak sangka kau ada peminat kan? Selama ni aku tengok takde sorang mamat pun pandang kau.Ada pun si playboy tu. Itu pun dia pergunakan kau..." kata Ard tidak puas hati apabila mengingatkan kejadian tempoh hari.
"Nak buat macam mana. Mamat tu memang otak biol. Tapi aku akan ajar dia sampai dia tahu serik. Sekarang ni dia nak usha Sarah pulak. Memang dah melampau. Dia ingat Sarah tu anak ayam ke?" marahku.
"Itulah. Aku rasa kau kena bagi warning dekat Sarahlah. Aku takut dia kecewa nanti." balas Ard.
Aku menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Ard.
Suasana mula sepi seketika. Ard mengelamun entah apa dan aku pula masih memikirkan gerangan Mr.A tu. Mesti handsome plus romantik.
"Aku harap Mr.A tu tak playboy macam si Am tu." kataku memecah kesunyian.
"Huh?" Ard kelihatan pelik. Memanglah pelik. Sebab aku excited dari tadi cerita fasal Mr.A.
"Apa?" soalku berpura-pura tidak faham.
"Kau ni lain macam je? Takkan dah jatuh cinta kot?" duga Ard.
Aku mengukir senyuman nipis dan berkata, "Maybe..."
"Gatal!" jerit Ard.
Akhirnya kami berdua ketawa apabila memikirkan kata-kata pelik kami tadi.
11 Dec 2012

Cerpen: 2 + 1 = I love you?



“SITI, Siti, Siti. Siti sayang kita tak?” soal lelaki itu kepada Siti.
“Mestilah sayang..” bicara Siti tersipu-sipu.
Lelaki itu tersenyum lebar.
“Awak sayang Siti tak?” soal Siti tiba-tiba.
“2 + 1 = I Love you!” kata lelaki itu teruja.
“2 + 1? Apa tu?” soal Siti tidak faham.
“Itulah formula cinta kita. Khas buat Siti...” balas lelaki itu sambil tersenyum manis. Manis seperti gula!
“Pandai ajelah awak ni.” Marah Siti. Marah-marah manja gitu.
“Betul, kita tak tipu.. Kita....”
“Siti!!!” jerit satu suara.
Siti yang kebetulan baring di hujung katil tergolek jatuh ke bawah apabila mendengar jeritan nyaring itu. Semerta mimpinya terhadap cinta khayalan itu hilang di bawa angin.
“Aduh, sakitnya pinggang aku....” bebel Siti seorang diri. Dia mengumam. Jam di dinding di pandang dengan mata mengecil.
“Alah, baru pukul sembilan setengah. Hah?! Sembilan setengah?!” kata Siti sedikit menjerit.
Bergegas Siti bangun dari lantai dan berlari menuju ke bilik air yang berada di dapur. Tiba-tiba dia berpatah balik semula ke bilik kerana terlupa mengambil tuala.
Emaknya, Rokiah yang sedang mengemas dapur dipandang sekilas. Ni mak punya fasallah tak kejut aku, bebel hatinya.
“Apalah nak jadi dengan kamu ni, Siti? Dari kecik sampai dah jadi anak dara, susah sangat nak bangun awal. Kalau mak tak keluarkan suara merdu mak ni, jangan harap kamu nak bangun, kan?” kata Rokiah berbaur sindiran.
“Alah, mak ni. Bebel aje. Nanti ayah kahwin lain baru tahu. Lelaki tak suka perempuan kuat bebel tau...” balas Siti bersahaja.
Mencerlung mata Rokiah mendengar bicara anaknya.
“Bertuah punya anak. Kita cakap fasal dia, dia cakap fasal kita pulak. Mak ni tak apa. Dah tua. Kalau ayah nak kahwin lain pun mak dah tak kisah dah. Sebab ayah kamu yang menggatal. Pandai-pandailah dia nak berlaku adil macam mana. Kamu tu masih anak dara. Bangun lambat, pemalas, tak tahu masak. Siapa yang nak kat kamu, Siti oii...” bebel Rokiah panjang lebar.
Telinga Siti berasa panas dengan bebelan itu. Segera langkah kaki di lajukan menuju ke bilik mandi.
“Orang ada lelaki pujaan oranglah, mak..” kata Siti yang sudah berlalu ke bilik mandi. Dengan pantas dia membuka paip air dan mula membersihkan diri. Setelah sepuluh minit membersihkan diri, tiba-tiba mindanya teringat kepada mimpi itu.
“2 + 1 = I love you??” soalnya sendirian.
“Apa pelik sangat formula cinta tu. He he he..” sambungnya lagi.
“Oit, anak dara. Mandi cepat sikit. Kamu buat apa dalam tu? Kaji air ke?” pedas bahasa Rokiah.
“Mak ni. Kacau daun betullah!” bentak Siti dalam bilik air. Segera dia mengelap badannya dengan tuala dan keluar dari bilik mandi itu. Bibrnya memuncung panjang apabila di usik Rokiah setiap masa.
“Cakap sikit nak muncung. Elok sangatlah perangai tu. Lelaki tak suka perempuan kuat merajuk tau.” Kata Rokiah bersahaja.
“Mak!” jerit Siti. Tidak puas hati dengan kenyataan emaknya itu. Yeke, lelaki tak suka perempuan merajuk?
Siti berjalan sambil menghentak kaki tanda protes dengan emaknya.
“Tengok tu, macam budak-budak!” bebel Rokiah lagi. Nasib kaulah, Rokiah. Dapat anak manja macam ni.
Siti bergerak pantas ke bilik tidur dan memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar pendek paras lutut. Kemudian, dia terus berlalu ke dapur untuk mengisi perutnya yang sudah mengeluarkan muzik dangdut!
“Mak masak apa hari ni?” soal Siti sebaik sahaja sampai ke dapur. Dilihat  emak begitu asyik membuat kerja mengemas sehingga tidak dengar apa yang di tanyakan.
“Mak!” panggil Siti sedikit menjerit.
“Astaghfirullahalzim.. kus semangat! Kamu ni Siti. Cuba panggil mak elok-elok. Karang mak mati sebab dengar suara kamu tu..” marah Rokiah.
“Ish, apa cakap macam tu mak?” marah Siti.
“Lagipun suara ‘merdu’ macam ni ikut siapa kan?” sambung Siti lagi. Siti memang suka mengusik emaknya. Nampak terlebih mesra gitu!
“Pandailah kamu nak mengenakan mak....”
“Mak, orang lapar. Mak masak apa?” soal Siti.
“Cuba tengok bawah meja tu...” balas Rokiah tanpa berpaling melihat wajah anaknya. Dia menyimpan senyum.
Siti pun bergerak ke meja makan. Di bukanya penutup saji yang berada di atas meja. Seketika terbuntang matanya melihat dua biji telur yang belum di masak. Dan di sisi telur itu ada sehelai kertas kecil yang bertulis, ‘Silalah masak saya’. Siti mengumam geram.
“Mak!”
Terdengar tawa halus dari bibir emaknya. Siti menghentak kaki. Mak ni memang, kan?
“Lapar, kan? Masaklah sendiri. Nak jadi anak dara pemalas ke?” perli Rokiah.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?” soal ayahnya, Zaki yang baru pulang dari kedai.
“Ni anak dara abang ni. Merengek depan saya kata lapar. Saya suruhlah dia bukak tudung saji tu. Lepas tu dia nak marah saya pulak...” balas Rokiah.
“Macam mana tak marah, ayah. Ayah tengoklah apa yang ada bawah tudung saji tu..” rengek Siti minta simpati.
Zaki menghampiri meja makan dan mengangkat tudung saji itu untuk melihat ‘menu’ makanan anak daranya. Seketika, terhambur tawa Zaki melihat ‘isi’ yang berada di bawah tudung saji itu. Rokiah pun turut sama ketawa geli hati  melihat cemberut panjang Siti.
“Ayah!” panggil Siti.
“Kesiannya anak ayah ni. Makan telur mentah aje? Kenapa tak makan. Kan telur tu ada bagi pesanan. ‘Silalah masak saya’. Siti masak ajelah. Telur mata lembu ke, mata kerbau ke, telur takde mata ke. Masak ajelah..” kata Zaki yang masih ketawa.
“Ayah dengan mak sama je. Orang mana tahu masak..” protes Siti.
“Anak manja ayah ni. Sebab tak tahulah kena ambil tahu. Nanti kalau dah kahwin macam mana? Takkan nak suruh suami yang masakkan?” soal Zaki lembut.
Siti tersenyum. “Siti nak lelaki yang tahu masak, tahu mengemas. Biar orang duduk rumah goyang kaki aje...”
Pantas tangan Rokiah mencubit pinggang Siti.
“Aduh! Apa ni, mak? Sakitlah..” kata Siti tidak puas hati.
“Huh, kalau macam nilah gaya kamu, memang kamu jadi anak dara tua!” marah Rokiah. Tidak faham betul dengan perangai anaknya ini. Pemalas sangat!
“Sudah, sudah.. Hari ni ayah tolong gorengkan. Lepas-lepas ni ayah nak kamu belajar memasak. Faham?” soal Zaki.
Laju aje anggukan kepala Siti. Tersenyum lebar wajahnya kerana ayah mahu menggorengkan telur untuknya. Perut dah bermuzik rocklah pulak!

       ++++++

“AYAH, Mak.. Siti pergi kerja dulu..” laung Siti dari luar rumah.
“Anak dara ni, kan. Masuk dalam panggil mak dulu tak boleh ke? Menjerit-jerit dekat luar ni. Malulah jiran dengar...” bebel Rokiah.
Siti hanya tersenyum sumbing.
“Pergi dulu, mak...” Siti menyalami tangan Rokiah.
“Pergi dulu, ayah..” tangannya beralih pula menyalami Zaki.
“Hati-hati, Siti..” pesan Zaki. Siti mengangguk. Dia menaiki bas kilang Panasonic yang sudah menunggunya di hadapan rumah.

++++++

“MAMAT tu dari tadi ‘duk’ usha kaulah, Siti!” kata Amy kepada Siti yang sedang makan di kantin kilang.
“Mana? Mana?” mata Siti mencari lelaki yang melihatnya dari tadi.
“Tu...” memuncung bibir Amy menunjuk ke arah lelaki yang sedang menghadapnya.
“Siapa mamat tu?” bisik Siti.
“Entah. Pekerja baru kot..” agak Amy.
“Biarlah. Mungkin dia memang suka tenung orang..” sangkal Siti.
“Mungkin kot...” kata Amy kesudahannya.
++++++

“ASSALAMUALAIKUM...” tegur satu suara.
“Waalaikumussalam...” jawab Siti dan Amy serentak.
Amy dan Siti saling berpandangan. Macam pernah tengoklah mamat ni? Tapi dekat mana ek?
“Boleh saya duduk?” soal lelaki itu.
“Hah, duduklah. Ini memang kerusi menunggu pun...” seloroh Siti. Manalah bas ni. Lambat pulak kau sampai hari ni. Bebel Siti sendirian.
“Nama siapa?” soal lelaki itu.
Siti dan Amy memandang wajah lelaki itu tanpa kelip. Amboi, direct sangat ni..
“Saya Siti. Ni kawan saya, Amy..”
“Oh.. saya Aiman. Panggil Eman je...”
“Oh...” balas Siti dan Amy serentak.
“Tinggal mana?” soal Eman.
“Hah? Err...” tergagap-gagap Siti menjawab. Ni soalan banci ke soalan penjahat nak jerat mangsa? Soal Siti sendirian.
“Eh, baslah!” jerit Amy. Siti menarik nafas lega. Fuh, selamat!
“Eh, err. Jumpa lagi..” kata Siti teragak-agak. Segera Siti dan Amy melajukan langkah menaiki bas kilang itu. Sebaik sahaja bas itu bergerak, Siti menoleh ke arah tempat mereka duduk sebentr tadi. Aik, hilang? Ni hantu ke halimunan?

++++++

DI GOSOK-GOSOK biji matanya berulang-kali. Apa hal mata aku ni? Dalam rumah pun nampak mamat pelik tu ke?
Pantas Siti keluar rumah untuk melihat nombor rumahnya. 380? Betullah ni rumah aku. Tapi macam mana mamat ni boleh ada dekat sini pulak? Soal hatinya.
“Hah, Siti. Yang duduk tercegat depan pintu tu buat apa? Masuk cepat.” Panggil Rokiah.
“Nak masuklah ni...”
Siti melangkah perlahan masuk ke rumah. Segala gerak-gerinya seakan diperhatikan. Pantas Siti berpaling. Terkedu dia di situ apabila melihat mamat pelik itu memandangnya tanpa kelip.
“Apa pandang-pandang?” marah Siti.
“Ish, budak ni. Ada layan tetamu macam ni.” Marah Zaki.
“Sini, ayah nak kenalkan kamu dengan anak kawan ayah. Dia baru dapat kerja dekat sini. Katanya satu tempat kerja dengan kamu. Kamu belum jumpa dia?” soal Zaki.
Siti pantas menggeleng. Tak baik menipu, Siti oii. Takpelah. Tipu sunat. Eman tertawa halus melihat perakuan Siti. Comel betul!
“Nama dia Aiman. Anak kawan ayah masa kerja dekat Muar dulu. Anak dia dapat kerja dekat sini. Jadi, dia nak mintak tumpang tidur sini sebelum dapat rumah sewa..” terang Zaki.
“Tumpang?!” soal Siti sedikit menjerit.
“Amboi, anak dara ni. Tak tahu sopan langsung!” marah Rokiah.
“Kamu kerja macam Siti jugak ke?” soal Zaki. Anak daranya ni kerja sebagai kerani aje. Cukuplah tu dengan keputusan SPMnya yang cukup-cukup makan tu.
“Taklah. Saya penyelia dekat sana...” balas Eman.
“Penyelia?!” sekali lagi Siti menjerit. Pantas Rokiah menekup mulut anaknya itu. Tangan Siti di tarik menuju ke dapur.
“Siti.. tolonghlah jangan buat malu ayah dengan emak. Perangai kamu ni tak macam anak dara langsung. Terpekik sana, terpekik sini. Malulah sikit. Dia tu lelaki. Nanti dia pandang kamu apa pulak..” marah Rokiah.
“Alah, mak ni. Anak kawan ayah je pun...” betah Siti.
“Melawan, melawan. Penat mak bercakap dengan kamu ni. Ada je jawapannya. Sudah, pergi buat air. Hantar ke depan. Mak ke depan dulu..” arah Rokiah.
Siti memegang lengan emaknya.
“Mak, Siti mana reti buat air!”
“Pandai tak pandai, kamu kena belajar. Bila lagi nak pandai kalau asyik bagi alasan je?” sindir Rokiah.
Mencemberut wajah Siti. Rokiah sudah meninggalkan anaknya. Siti berpusing ke kiri dan ke kanan. Nak buat air apa ni?
Tangannya mencapai bekas yang berisi serbuk Nescafe. Di senduknya dua sudu besar serbuk Nescafe itu dan dimasukkan ke dalam cawan.
“Cukup ke banyak ni? Ah, tambah lagi satu sudulah. Baru ‘kick’ rasanya.” Katanya sendirian.
“Gula. Mana kau gula?” Siti memerhati di segenap ruang dapur itu untuk mencari gula. Tiba-tiba matanya tertancap pada bekas merah yang berisi ‘gula’ itu.
Di senduknya dua sudu besar ‘gula’ dan dimasukkan ke dalam cawan. Kemudian, air panas dituang ke dalam cawan itu. Aroma bau air Nescafe itu menyenangkan hatinya.
“Fuh, sedapnya bau. Tapi lagi ‘kick’ dari mak aku punya. Terror jugak aku buat air...” pujinya seorang diri.
Air itu diletakkan di atas dulang. Dan dengan langkah ‘ayu’ dia membawa dulang tu ke hadapan.
Air Nescafe itu diletakkan dihadapan mamat pelik itu.
“Jemput minum, Eman..” pelawa Zaki.
Rokiah mengukir senyum. Pandai jugak anak aku buat air. Bau sedap semacam.
Namun, senyumannya semerta mati apabila semburan air Nescafe mengena tepat ke wajah suaminya. Tahulah apa yang membuatkan Eman menyemburkan air tersebut.
“Siti!!!” pekik Rokiah.
Siti terkesima.
“Ops!”

++++++

“SAYA MINTA MAAF...” ujar Siti seraya duduk berdekatan dengan Eman.
Eman pantas berpaling dan mengukir senyuman manis.
“Tak apa...”
“Terima kasih...”
“Awak memang tak pandai buat air ke?” soal Eman.
Erk! Tercekik dengan soalan maut tu.
“Semua...” balas Siti sepatah.
“Apa yang semua?” tanya Eman hairan.
“Semua saya tak pandai. Tak pandai masak, tak pandai mengemas, tak pandai basuh baju. Yang saya pandai, makan lepas tu tidur.” Kata Siti jujur. Biarlah lelaki ini nak mengata pun. Memang hakikatnya begitu!
“Tapi awak comel..” kata Eman perlahan.
“Hah? Apa awak cakap?” soal Siti apabila Eman bercakap perlahan dengannya.
“Err.. takde apa-apa...” Fuh, nasib dia tak dengar. Tapi dia memang comellah, bisik hati Eman.
“Kita kawan?” soal Eman.
Amboi, memang ‘direct’ la dia ni.
“Kita kawan?” soal Eman lagi sambil menghulurkan salam perkenalan.
Lambat-lambat Eman menyambut salam itu. Hati kata nak, tangan kata malu. Macam mana tu?
“Okey.” Balas Siti sepatah.
“2 + 1 = I Love You.” Kata Eman bersahaja.
“Huh?” Siti tercengang.
“Takde apa-apa..”
“Okey.”
Masing-masing mendiamkan diri. Melayan hati masing-masing. Hati Eman berkata, ‘lawa jugak Siti ni. Tapi dia tak pandai buat kerjalah. Semua kerja dia tak tahu buat. Layak ke jadi isteri aku nanti?’
Kata hati Siti pula, ‘Mamat pelik. Memang pelik. Direct sangat. Kejap lagi nak apa pulak? Ajak kahwin? Ops! Gatal jugak kau ni Siti.’
“Saya masuk tidur dululah..” kata mereka serentak.
Eman menggaru kepala manakala Siti mengelabah. Aiseh! Jodoh ke?
“Err, Eman. Saya masuk tidur dululah. Esok kerja kan. Kalau awak dah mengantuk, masuklah tidur. Jangan lupa tutup pintu ek? Selamat malam... Assalamualaikum...”
“Baiklah. Nite princess..” kata Eman tanpa sedar. Pantas dia menekup mulutnya. Erk! Apa aku cakap ni?
Siti memandang Eman pelik. Apahal dengan mamat pelik ni? Dia nampak aku macam puteri raja ke? Apa-apalah Eman oii..

++++++

“KAMU pergi kerja dengan Eman ye.” Kata Zaki.
“Alah, ayah ni. Orang nak naik baslah. Lagipun orang baru kenal dia semalam. Mana tahu dia orang jahat. Ayah tak sayang anak ayah ni ke?” tanya Siti bersahaja.
Tersedak Eman mendengar ungkapan ‘maut’ Siti itu. Muka macam ni punya smart dia kata orang jahat?
“Ish, kamu ni Siti. Suka-suka aje kata orang jahat. Habis kamu tu baik sangat? Kamu pun jahat jugak. Suka melawan cakap mak.” Balas Rokiah.
“Mak ni....... tak ‘back up’ orang lansung.” Rengek Siti.
 “Saya pergi dulu pak cik, mak cik..” ujar Eman seraya bangun dan bersalaman dengan Zaki dan Rokiah.
“Hah, tunggu apa lagi. Jalanlah...” tekan Rokiah kepada Siti. Memuncung wajah Siti kerana terpaksa naik satu kereta dengan Eman.
Eman hanya tersenyum nipis. Serius, comel muka dia. Macam nak cium-cium je. Eh, sabar wahai hati. Jangan menggatal sangat, kata hatinya

++++++

“HARI ni lunch sama nak?” soal Eman sebaik sahaja kereta di parkirkan dikawasan parkir khas dikilangnya.
“Tak naklah!” jawab Siti kasar.
“Kenapa tak nak?”
“Sebab tak naklah..”
“Mesti ada sebab kenapa tak nak. Bukannya sebab tak nak..” kata Eman.
“Eii, orang kata tak nak, tak naklah..” marah Siti.
“Alah, jomlah...” pujuk Eman lagi. Bila lagi masanya dia hendak mengenali gadis yang sudah mencuri hatinya ini.
“Tak nak, no, nehi...” tekan Siti.
“Sombong...” ucap Eman bersahaja.
“Apa awak kata?” soal Siti geram.
“Saya kata awak sombong. Orang nak ajak makan je pun. Bukan suruh bayar. Tak nak sudah. Saya ajak Amy ajelah. Saya baru bercadang nak makan chicken chop lunch ni. Teringin pula tekak ni nak makan western food...” ujar Eman. Sebenarnya mahu menarik perhatian Siti supaya keluar makan dengannya.
Western food? Chicken chop? Sedapnya. Dah lama tak makan sebab tak ada orang nak bawak. Hmm, nak ke tak nak ek? Tapi kecur liur ni, desis hati Siti.
Eman mengukir senyumam. Dari reaksi Siti, dia tahu Siti mahu keluar dengannya.
1 p.m sharp?” soal Eman.
“Okey...” jawab Siti sepatah. Malu sebenarnya. Tadi dia yang beria-ia menolak, sekarang setuju pulak. Malu gila!
“Okey. See you lunch nanti.” Ujar Eman yang baru keluar dari kereta.
Siti juga turun dari kereta dan membalas kata-kata Eman dengan anggukan.
“Bye sayang...” kata Eman selamba dan terus meninggalkan Siti yang terpinga-pinga.
“Sayang? Telinga aku ni ada problem ke?” soalnya sendirian. Dia menekan telinganya berulang-kali kerana dia merasa yang dia tersalah dengar panggilan Eman tadi.

++++++

“MESRA semacam je korang berdua..” usik Amy sebaik sahaja Siti duduk di kerusi meja kerjanya.
“Siapa yang mesra?” soal Siti tidak faham. Apa kena dengan Amy ni? Kena sampuk ke?
“Kau oranglah...”
“Siapa? Aku dengan siapa? Apa kau merepek ni, Amy oii...” makin tidak faham apa  yang dimaksudkan Amy.
“Kau dengan pekerja baru tu...”
“Siapa?”
“Eman.”
“Uhuk! Uhuk!” terbatuk-batuk Siti apabila mendengar nama itu. Amy nampak ke? Malu weh!
“Kau nampak ke?” soal Siti ingin tahu.
“Nampaklah. Pergi kerja satu kereta. Patutlah hari ni tak nampak kau dalam bas..” usik Amy.
Memerah wajah Siti di usik sebegitu.
“Kau jangan buat gosip liar ek?” Siti memberi amaran. Kalau perkara ini tersebar di pejabat mereka, mana nak letak muka cute ni. Ewah, sempat lagi perasan cantik ek Siti?
“Ceritalah sikit..” ujar Amy.
“Cerita apa?” soalan di balas soalan.
“Kau dengan Eman.”
“Uhuk! Uhuk!” sekali lagi Siti terbatuk apabila nama Eman disebut. Pelik. Sepatutnya tuan punya namalah yang akan terbatuk jika nama disebut berulang. Tapi aku pulak yang terbatuk. Pelik, kan?
“Kau ni boleh buat aku mati tercekit tau!” marah Siti.
“Alah, dan-dan(masa) nilah kau nak tercekik. Ceritalah..” pujuk Amy lagi.
“Okey..” balas Siti sepatah. Siti pun mula bercerita bagaimana dia boleh berjumpa lagi denga Eman. Sehabis sahaja Siti bercerita, Amy mengegek-ngegek ketawa.
“Weh, apahal kau gelak pulak!” bentak Siti.
“Mana tak gelak. Buat air pun kau tak reti. Mujur dia tak mati katak tahu tak. Kalau tak, jadi arwah dah abang handsome tu..”
“Kau ni. Macam tak kenal aku. Aku mana reti nak buat tu semua. Aku tahu makan, minum je..” balas Siti geram.
“Siti, Siti. Macam mana nak kahwin kalau buat air pun fail. Buat malu kaum perempuan ajelah!”
“Hello, aku nak lelaki yang pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai basuh baju. Kerja aku cuma makan, tidur.” Kata Siti bersahaja.
Pantas saja Amy mencubit lengan Siti.
“Oi, perempuan. Lelaki macam tu, satu dalam seribu tau. Kau takkan boleh jumpa lelaki macam tulah. Cubalah rajin-rajin sikit bantu mak kau kat dapur. Bukan tahu besarkan badan aje..” bebel Amy.
“Kau ni macam mak akulah!” kata Siti tidak puas hati.
“Aku cakap untuk kebaikan kau Siti oii. Nak dengar, dengar. Tak dengar, keluarkan balik.”
“So, apa lagi dia cakap?” soal Amy yang sudah menukar topik perbualan. Biarlah jika itu yang diimpikan Siti. Dia hanya mampu memberi sokongan.
“Dia ajak aku lunch.” Ucap Siti sepatah.
Amy ternganga.
“Weh, sapu ajelah. Dia minat dekat kau tu..” kata Amy bersungguh-sungguh.
Minat? Macam nak cari fasal adalah, kata hatinya.
“Hmm...” balas Siti.
“Hmm aje? Kau ni! Kalau tak nak, bagi aku ajelah!” ujar Amy.
“Banyak cantik!” balas Siti. Kemudian, dia seperti tersedar yang dia sudah terlepas kata. Mulut kata tak sudi, hati kata sudi.
Amy sudah tersenyum-senyum.
“Eleyh, malu tapi mahu!” Berubah lagi muka Siti apabila di usik Amy.

++++++

Waktu tengahari
“SITI, jom kahwin..”
“Uhuk! Uhuk! Uhuk!” tersedak Siti apabila mendengar kata keramat itu. Kahwin? Mereng ke apa mamat ni?
“Apa awak merepek ni??” soal Siti.
“2 + 1 = I love you..” ucap Eman.
“Hah??” tercengang Siti. Macam pernah dengarlah, desis hatinya.
“Walaupun awak tak tahu masak, tak tahu buat air, tak tahu mengemas, tapi entah kenapa hati saya tetap sukakan awak.” Kata Eman jujur.
“Hah?” lagi sekali Siti tercengang. Apa ni? Blur.
“Kejap, kejap. Apa ni? Saya blurlah!” Siti berpura-pura gelak. Padahal dalam hati, berdebar gila!
“Awak tahu apa maksud 2 + 1 = I love you?” tanya Eman.
Siti pantas menggeleng.
“2 tu bermaksud, saya. Saya boleh bekerja, saya juga boleh jadi suri rumah. 1 tu adalah awak. Walaupun awak tak tahu buat apa-apa, saya tetap suka. Sebab awak tetap istimewa di hati saya. Kalau kita jaga hubungan ni baik-baik, insyaAllah I love you la yang akan terjadi. Awak faham tak?” tanya Eman.
Siti menggeleng. Memang tak faham!
“Tak apalah. Cukuplah saya sorang aje yang faham. Saya nak hubungan kita jadi seperti formula ni juga. Boleh?”
“Boleh apa?” tanya Siti. Masih blur.
“Boleh tak saya nak kecapi bahagia bersama awak?” tanya Eman lembut.
Merona merah wajah Siti apabila Eman bertanya soalan maut itu.
“Hmm...” balas Siti sepatah.
“Apa yang hmm?”
“Tanya family saya dulu kot.” Ujar Siti.
“Oh, saya dah tanya dah..” jawab Eman selamba.
“Pagi tadi masa tengah tunggu awak bersiap. Sebab tu, mak cik suruh awak naik kereta dengan saya. Suruh berkenalan katanya!” ujar Eman sambil tersenyum-senyum.
“Hah?!”

5 bulan kemudian
ALHAMDULILLAH, akhirnya aku dengan Eman sudah diijabkabulkan. Dan kini kami sedang menanti debaran mahu menimang cahayamata. Walaupun aku tak tahu masak, tak tahu mengemas rumah, tapi dia tetap sudi menjadi meneman hidupku. Melengkapan kekurangan diriku dan menjadikan aku insan paling bahagia disisinya. Syukur..