Pages

Peminat Novel

Blog Page

30 Nov 2012

Bab 21: Dia Yang Ku Cinta


MALAM itu, Zarith masih berada di pejabatnya. Dia buntu memikirkan kesudahan hubungannya bersama Lisa.
Sebelum Lisa muncul, hari-hari dia berharap Lisa akan datang dan memeluknya memohon maaf kerana meninggalkan dirinya begitu lama. Dan Lisa kembali kerana ingin menjadi permaisuri hatinya.
Namun, kini bila Lisa kembali, hatinya menjadi tidak senang. Benci dia melihat wajah itu. Wajah yang pernah mendapat tempat di hatinya.
Dia buntu memikirkan perasaannya. Tetapi yang pasti, dia lebih mementingkan perasaan Yana daripada perasaan Lisa. Entah kenapa, dia menjadi tidak keruan apabila Yana sudah melihat Lisa dihadapan matanya.
Serasa ingin pergi berjumpa Yana dan berterus-terang bahawa dia sudah tiada apa-apa perasaan terhadap Lisa. Namun untuk apa dia memberitahu perasaannya sedangkan dia dan Yana tidak mempunyai apa-apa hubungan. Logikkah dia menceritakan perasaannya kepada wanita yang langsung tiada apa-apa dengannya.
Khayalannya mati di situ apabila dia mendengar ketukan pintu dari luar. Siapa yang belum balik lagi ni? Soal hatinya.
“Masuk...” dia memberi arahan kepada pekerjanya yang masih belum pulang.
“Tuan Zarith...” panggilYana perlahan. Bimbang kedatangannya itu mengundang kemarahan Zarith.
“Yana??” soal Zarith terkejut. Buat apa dia dekat sini? Bukan ke dia dah balik jam enam tadi.
“Kopi??” soal Yana kembali.
Zarith hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu minum ataupun tidak.
Berhati-hati Yana masuk ke bilik Zarith. Dia tidak mahu sebarang bunyi mengundang amarah tuannya itu. Dia meletakkan perlahan secawan kopi yang telah dibuatnya tadi.
“Kenapa tak balik lagi?” soal Zarith tanpa perasaan.
“Tuan dah lupa perjanjian kita? Saya tak pernah lupa..” Yana cuba mengingatkan kembali perjanjian itu kepada Zarith. Dia tidak dibenarkan balik selagi Tuan Zarith tak balik.
Lagipun, bagaimana dia boleh balik dengan tenang jika dia melihat tuannya dalamkesusahan. Hatinya menjadi tidak tenteram mahu meninggalkan Zarith dalam keadaan yang kusut.
“Oh.. I’m sorry. Disebabkan saya, awak yang jadi mangsanya. Awak baliklah...” Zarith memberi keizinan kepada Yana. Namun Yana menggeleng pantas.
“Tak nak. Saya ingat janji itu dan saya akan cuba tepati janji itu, Tuan...”
Zarith menghembus nafas panjang. Dia sudah menyusahkan Yana. Dengan pantas, dia mencapai beg kerja dan kunci keretanya.
“Jom saya hantar awak balik.. dah malam sangat ni..” dia menilik jam ditangannya. Sudah menunjuk sembilan malam. Pasti keluarga Yana risau nanti, desis hatinya.
“Sekejap, saya ambil beg..” Yana segera berlari menuju ke bilik pantri dan mengambil beg di dalam kotak besar yang berada di bilik itu. Dia segera mengikut langkah Zarith yang sudah menuju ke arah lif.
Yana mengamati wajah tanpa riak lelaki itu. Kasihan dia. Kalaulah Cik Lisa tak kembali, pasti tak jadi macam ni. Tapi kalau Cik Lisa tak kembali, dia tetap macam ni. Sebab dia cintakan Cik Lisa, kata hati Yana.
Ting!
Pintu lif terbuka. Bergegas-gegas Yana masuk ke dalam perut lif apabila Zarith sudah menekan punat G untuk ke bahagian parking. Mereka hanya senyap sahaja di dalam lif. Sesekali terdengar keluhan panjang Zarith. Apa yang difikirkannya, ya? Soal hatinya ingin tahu.
Akhirnya mereka tiba di bahagian parking. Langkah kaki Zarith ketika ini semakin lemah longlai membawa hati yang gundah-gelana.
Sesampai sahaja mereka di hadapan kereta Zarith, Zarith terjelepuk jatuh sambil menangis teresak-esak. Yana tergamam. Ya ALLAH! Ini kali pertama dia melihat lelaki menangis kerana cintanya kepada seorang wanita. Tegarnya Cik Lisa melukai hati Tuan Zarith. Dengan pantas, dia menahan Zarith dari terus terduduk di lantai.
“Tuan Zarith!!” jerit Yana.
“Aku benci dia. Aku benci dia!” kata Zarith kasar.
“Tuan.... Bawa mengucap, Tuan. Allah itu ada, Tuan. Sabar Tuan...” Yana cuba menenangkan Zarith. Hatinya turut merasai kesedihan itu apabila dia merasakan matanya sudah bergenangan dengan air mata. Ya ALLAH, kasihannya dia! Jerit hatinya.
“Kenapa dia buat aku macam ni, Yana. Kenapa? Aku cintakan dia. Ireally love her....” rintihan Zarith itu menyentuh tangkai hatinya.
“Sabar, Tuan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tidak pernah zalim dalam merencanakan perjalanan kita, Tuan. Bawa mengucap Tuan...” berkali-kali Yana menyuruh Zarith beristighfar.
“InsyaALLAH, pasti ada ganjaran yang lebih baik jika Tuan reda dengan kesudahan ini...” sambung Yana lagi.
Tiada lagi kata balas dari Zarith. Cuma kedengaran esak tangisnya yang begitu menyayat hati. Yana mengusap perlahan belakang Zarith. Cuba untuk menenangkan hatinya yang keliru itu. Mereka berada dalam keadaan begitu selama sepuluh minit.
Selepas Zarith merasa reda. Dia cuba bangun dan berdiri. Kasihan Yana. Dia terpaksa menjadi tempatnya meluahkan rasa.
“Rasa okey sekarang?” soal Yana setelah membantu Zarith bangun dari duduknya.
Zarith menanggukkan kepala dan berkata, “Sorry, saya dah susahkan awak...”
Kata Zarith yang sudah menukar panggilan aku-kau kepada saya-awak. Sejuk sikit hati Yana mendengarnya.
“Tak ada susahnya Tuan. Kita sesama islam memang patut saling membantu. Kali ni mungkin Tuan. Lepas ni mana tahu saya pulak...” kata Yana sambil tersenyum.
Zarith memandang wajah Yana dengan pandangan redup. Baiknya budak ni. Kenapalah selama ni, aku selalu cari pasal dengan dia. Dia terlalu baik.
“Terima kasih...” hanya itu yang Zarith mahu kata. Dia sebenarnya malu dengan Yana. Menangis depan budak ni. Macam manalah muka aku, kan. Pasti buruk. Alahai, jatuh saham. Tapi sebab perempuan tu, aku jadi macam ni!
“Mari, saya hantar awak balik..” ujar Zarith sambil membuka pintu untuk Yana. Yana tergamam dan memandang wajah Zarith tanpa kelip.
Zarith hanya memandang wajah Yana dengan perasaan berdebar-debar. Kenapa ni? Hatinya tertanya sendirian.
Akhirnya Yana masuk juga ke dalam kereta. Dia melihat sahaja wajah Zarith yang masuk ke dalam kereta dengan ekor mata.
“Kita pergi makan dulu, nak?” soal Zarith tiba-tiba.
“Makan??” soal Yana terpinga-pinga. Aik? Dah tak sedih ke?
“Iyelah, makanlah. Awak tak lapar ke? Saya lapar ni...”
“Err... lapar, lapar, lapar...” jawab Yana tergagap-gagap.
“Okey, great. Saya nak bawak awak satu tempat. Pasti awak suka..” kata Zarith sambil tersenyum.
Ah, sudah. Ke mana pulak mamat ni nak bawak aku...

RESTORAN SELERA MANJA. Mulut Yana ternganga. Ini... ini.....
“Kenapa, terkejut??” soal Zarith tanpa berpaling wajah Yana.
Mestilah terkejut. Inikan tempat mereka bergaduh dulu. Kenapamamat ni bawak dia ke sini?
“Kenapa datang sini?” soal Yana ingin tahu.
“Hmmm... saja...” kata Zarith sambil berlalu meninggalkan Yana terpinga-pinga.
“Assalammualaikum, Kak Zati....” Zarith memberi salam sebaik sahaja sampai di kaunter pembayaran. Muka Kak Zati ceria tapi bertukar muka terkejut apabila melihat Yana masuk ke kedainya.
“Yana??” soal Kak Zati pelik.
Yana hanya tersenyum sumbing. Kenangan ni....
“Assalammualaikum, Kak Zati...” ucap Yana lembut.
“Macam mana Yana boleh ada dekat sini. Dengan... dengan Zarith??” soal Kak Ida ingin tahu.
“Panjang ceritanya, kak...” balas Yana pendek.
“Pendekkan. Ceritalah dengan akak.” Ajak Kak Zati yang sudah menarik Yana ke meja. Zarith hanya melihat sahaja langkah Kak Zati dan Yana menuju ke meja. Biarlah dia orang nak bercerita. Jangan mengutuk aku, sudah!
Yana pun mula membuka cerita dari awal dia di terima bekerja sehinggalah dia berada di sini sekarang. Kak Zati hanya terangguk-angguk mendengar ceritanya. Sesekali mata Yana melihat Zarith yang berada tidak jauh dari meja mereka. Mata mereka berlaga namun cepat-cepat Yana melarikan pandangan matanya kerana hatinya kian berdebar-debar dengan pandangan itu.

SETELAH setengah jam berada di restoran Kak Zati, Zarith dan Yana meminta diri kerana Zarith merasakan sudah terlalu lewat malam untuk gadis seperti Yana pulang. Dia tidak mahu kerana Yana menuruti perjanjian mereka, Yana dimarahi keluarga.
“Meriah bercerita tadi? Mengumpat saya ke??” soal Zarith yang sedang memandu.
Eh, err. Mana ada. Tuan ni buat fitnah aje tau..” balas Yana gugup. Padahal ada mengumpat sikit aje, desis hatinya.
“Cakap gagap-gagap ni macam betul aje?” perli Zarith. Berubah terus muka Yana. Dah benda betul, memang cepat kantoilah.
He he he..” itu sahaja yang keluar dari mulut Yana. Malu tahap dah tak boleh buat muka tembok dah.
“Jadi betullah?” soal Zarith inginkan kepastian.
“Adalah sikit-sikit..” jawab Yana jujur.
Terbeliak mata Zarith. Kurang asampunya budak. Aku depan mata dia, dia sempat mengutuk.
“Amboi, sedap aja mengata saya ya? Disebabkan itu, esok kena denda. Datang awal sebelum saya datang dan awak kena duduk di pejabat saya sehari suntuk. Ada faham?” soal Zarith yang tidak memandang wajah Yana.
Kedengaran Yana berdecit. Pasti geram kerana dirinya di denda. Zarith menyimpan senyum.
“Kalau tak paksa memang tak bolehkan?” soal Yana tidak puas hati.
“Awak ada pilihan lain ke??” soal Zarith pula.
“Tuan... kalau saya ada pilihan. Dah lama saya cincang-cincang Tuan masak asam pedas. Sedap jugak tu!” kata Yana selamba.
Berkerut-kerut dahi Zarith. “Muka handsome macam ni nak masak asam pedas? Takdestandard langsung. Masaklah chicken chop ke. Berselera jugak orang nak makan...” seloroh Zarith.
“Muka handsome perangai buruk  buat apa?” balas Yana bersahaja.
“Mengata lagi. Mulut tu nak kena cubit agaknya..” kata Zarith. Tangan kirinya sudah berada di hadapan mulut Yana. Geram dengan mulut dia yang banyak celoteh ni.
Yana sedaya upaya cuba mengelak dari di cubit. Tiba-tiba tangan Yana digenggam erat oleh Zarith. Yana seakan terkaku. Tetapi Zarith masih mendiamkan diri, cuma tangannya masih memegang kejap tangan Yana.
“Tuan.. tangan sa...” kata-kata Yana terhenti disitu apabila Zarith memotong percakapannya.
Syhhh... biarkan sekejap..” balas Zarith dan terus memegang erat tangan Yana. Tangan Yana semerta menjadi sejuk dengan genggaman Zarith yang menyebabkan hatinya semakin tidak keruan.
Zarith berasa tenang dalam genggaman itu. Apabila dia memegang tangan Yana, segala masalahnya bersama Lisa hilang begitu sahaja. Benarkah aku cintakan Yana? Hatinya menyoal sendirian.



29 Nov 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 5)



WELCOME baby girl...” kata Ard teruja. Ada dia biarkan aku angkat beg Sarah sorang-sorang. Yang dia sedap tunjuk itu ini dekat budak kecik tu. Ini sudah lebey!
Woi, Ard! Tolonglah aku! Berat tau tak? Sarah, kau bawak apa dalam beg ni hah? Berat macam sepuluh kilo batu..” kan aku dah start membebel.
Opss! Sorry..” itu aje jawapan Ard. Sakitnya hati aku!
Sorry, Kak Sha. Semua barang Sarah bawak. Sayang nak tinggalkan dekat rumah. Takut rindu...” ucap Sarah perlahan.
“Sarah bawak apa aje ni?” aku menyoal, saja nak ‘kepochi’.
“Sarah bawak.....” mulalah Sarah bercerita satu persatu barang yang dibawanya dari rumah Pak Ngah. Aku dengan Ard sudah ternganga. Mana taknya. Gambar family dia aku boleh terima lagilah. Kalau dah bawak bantal busuk dia, bukan setakat bantal busuk. Baju atau barang kesayangan keluarga dia pun dia bawak. Untuk kurangkan rindu katanya. Oh boy! Ini macam punya budak pun ada kaa? Bebel aku dalam slang India.
“Banyaknya barang. Macam nak duduk sini terus..” usik Ard.
“Alah, Kak Ard. Buat hilang rindu..” balas Sarah bersahaja. Kan aku dah kata, jawapan yang sama.
“Okey, okey. Kita tutup cerita rindu-merindu ni. Bilik Sarah yang dekat tengah-tengah itu.” Aku menunjukkan sebuah bilik yang berada di tengah-tengah di antara bilik aku dengan Ard.
“Buat macam rumah sendiri okey? Tapi! Tapi harus diingatkan di sini. Jangan balik lewat, jangan bawak lelaki bukan mahram masuk rumah, jangan buat bising macam orang hilang akal dan seangkatan dengan perangai-perangai yang tidak baik. Sarah dah duduk dengan akak. Jadi, Sarah di bawah tanggungjawab akak. Kalau Sarah degil, akak telefon Pak Ngah suruh masukkan Sarah dekat hostel balik. Ada faham?” aku mula memberi ceramah tengahari dekat Sarah. Kelihatan Sarah menganggukan kepala. Bagus, mendengar kata!
“Baik, bos!” tabik Sarah.
Suasana sepi seketika. Kerana Sarah begitu khusyuk mengemas biliknya. Dalam beberapa saat, kedengaran lagu Untuk Dia nyanyian Najwa Latif memekik dalam bilik Sarah. Aku pun sibuk mengintai-intai. Nak tahu siapa yang telefon. Pak ngah, kah?
“Abang Am?” soal Sarah teruja.
Aku terus memasang telinga. Am? Bukan Pak Ngah ke?
“Abang nak ajak Sarah keluar makan? Bila?” Sarah sudah terloncat-loncat seperti monyet yang baru dapat sebiji pisang.
Ard menyiku lenganku tanda memberi amaran. Aku membalas dengan menganggukkan kepala.
Ehem-ehem.... siapa yang call tu?” aku mencelah.
“Abang Am yang call, dia ajak Sarah keluar makan. Boleh tak Sarah nak keluar dengan abang Am. Please Kak Sha...” rengek Sarah sambil mengoyangkan lenganku. Aku dah lemah lutut. Bukan boleh dengar orang memujuk merayu ni. Nampak aje brutal, tapi hati tisu setaman. Ewah!
Please....” pujuk Sarah lagi. Aku mula menggaru dagu yang terasa gatal. Tiba-tiba idea menjelma. Ting!
“Hmm, boleh.. tapi dengan satu syarat..” kataku bersahaja.
Sarah kelihatan tergamam. Syarat?

KAMI bertiga melangkah masuk ke Restoran Chicken Rice Shop. Wajah Am tiba-tiba sahaja bertukar warna. Warna merah menyala. Ha ha ha! Rasakan!
“Hai, Abang Am....” sapa Sarah manja. Manjalah sangat. Aku ‘pang’ kau sekali kang!
“Ha... hai.....” balas Am teragak-agak. Ni apa kes bawa bala tentera ni. Aku nak dating dengan kau aje, Sarah oii.
“Emm. Sorry ya Abang Am. Sarah terpaksa bawak Kak Sha dengan Kak Ard. Kalau tak dia orang tak bagi Sarah keluar...”
“Lagipun dia sekarang bawah tanggungjawab aku. Pak Ngah amanahkan aku untuk jaga dia...” balasku bersahaja. Hamek kau!
Am mengetap bibir. Pasti bengkak hati dia sekarang ni. Do I care? Bak kata dia tu!
“Tak apa.. Abang memang orang yang pemurah. Marilah makan sekali kalau tak malu..” perli Am pedas.
Aku dan Ard teruslah buat muka tak malu. Kami mula duduk berhadapan Am dan Sarah. Aku segera memanggil pelayan tanpa mempedulikan wajah menyinga Am. Orang dah nak belanja, kita ‘sental’ ajelah!
“Bagi saya Nasi Ayam Blackpaper, Soup of the day, Ipoh Beam Sprouts, Rainbow Delight Dessert dengan air Pepsi. Untuk sorang makan.” Kataku kepada pelayan yang sudah menghampiri meja kami.
“Kau nak makan apa, Ard?” soalku kepada Ard. Pandangan tajam Am ku biarkan sahaja.
“Samalah! Nampak macam sedap aje apa yang kau order tu.”
“Bagi dua set ya, dik. Cepat sikit eh. Lapar ni..” gesaku.
“Abang dengan akak nak makan apa?” soal pelayan itu kepada Am dan Sarah.
Sebelum Am berkata-kata, dengan pantas aku mencelah. “Dik, untuk kakak manis ni bagi Nasi Ayam madu. Untuk abang ni adik bagi Nasi Ayam Original aje. Dia tak berapa gemar makanan lain. Air bagilah Pepsi jugak.” Kataku serius.
“Nanti Sarah share dengan akak dengan Kak Ard okey...” balasku bersahaja. Am segera menutup buku menu dengan kasar.
Aku dengan Ard sudah tepuk tangan di bawah meja; tanda misi berjaya!
Meja makan itu sepi dalam lima minit. Semua melayan mud masing-masing. Tapi aku tahu hati Am tengah membara. Tengok aje dari renungan mata maut dia tu. Dulu mata tu memikat, sekarang mata tu menempah maut! Setelah sepuluh minit menunggu, akhirnya menu yang dipesan sampai juga.
Aku segera ‘menyental’ makanan yang sudah terhidang di atas meja. Buat ‘derk’ je dengan mamat tu. Dia pun makan macam lalu tak lalu aje. Kenapa der? Tak cukup duit ke? Ha ha ha!

ERRKK!! Alhamdulillah, kenyang. Sedapkan makanan dekat sini.” Soalku kepada Sarah. Sarah tersenyum serta menganggukkan kepala. Am masih diam membeku.
“Okey, jomlah Sarah. Perjumpaan makan tengah hari dah selesaikan? Jom balik. Nanti Pak Ngah marahlah keluar lelaki yang kita tak kenal..” kataku selamba.
Am sedikit tercengang. Kurang ajar kau, Sha. Kau dah ‘bedal’ dua, tiga makanan, kau boleh kata tak kenal aku. Habis siapa yang nak bayar ni??? Bentak Am di dalam hati.
“Err, Abang Am., terima kasih sudi belanja Sarah, Kak Sha dan Kak Ard makan. Nanti kita jumpa lagi ek?” soal Sarah kepada Am.
Am hanya tersenyum nipis. Nak meroyan dah tak boleh. Terpaksalah tahan hati ni. Takkan nak buat hal depan Sarah pulak, kan? Jatuhlah standard aku sebagai playboy tersohor di kolej, desis hatinya.
Thank’s Am belanja kita orang. Bak kata orang dulu-dulu; terima kasih daun keladi, bila-bila belanjalah lagi. Kita orang gerak dulu.” Kataku berbaur sindiran. Aku segera menarik tangan Sarah supaya mengekori langkah kami. Aku dan Ard macam biasa; tepuk tangan kemenangan.
Am memerhati langkah mereka dengan perasaan dendam. Aku akan ajar kau minah tomboy! Akhirnya dia turut berlalu meninggalkan restoran itu.

24 Nov 2012

MINI NOVEL : AKU TOMBOY, DIA PLAYBOY (Bab 4)

“SAYANG.....” dengan selamba Am memeluk pinggang aku. Aku sudah terkulat-kulat menahan malu. Sebab dia peluk aku depan orang ramai!
Weh, Am. Tangan jangan menggatal sangat..” tegur Ard.
“Kau diam. Ini urusan aku dengan tomboy ni.” Am semakin memeluk pinggangku erat.
Aku sudah rimas. Malu satu hal. Lepas tu playboy ni peluk aku macam aku adik dia pulak!
“Lepaslah, weh!” marahku.
Am sedikit mendekat dan berbisik, “Sekali kau buat taik dengan aku, sejuta kali aku balas. Ini salah satunya.” kata Am sinis.
Aku sudah mengetap bibir. Kurang ajar mamat playboy!
“Tapi, tak payahlah nak pegang-pegang. Kita bukan muhrim!”
Eh, sejak bila pulak minah tomboy ni tahu pasal haram-haram ni. Jadi tomboy, tak tahu pulak haram eh?” perli Am pedas.
Aku sudah mengelegak.
“Kau jangan kurang ajar, Am.” aku memberi amaran.
Ard sudah standby helmet di tangan. Aku memberi arahan mata. Kalau mamat ni melebih, hentak aje dengan helmet.
Ha ha ha. Do I care? Sendiri buat, sendiri tanggung..” kata Am seraya menunjal kepala aku kasar. Kemudian Am terus berlalu meninggalkan aku dan Ard.
“Melampau betullah mamat tu! Aku rasa nak hempuk dia pakai helmet je!” marah Ard.

LANGKAH kaki Am terhenti sebaik sahaja melihat sesusuk tubuh yang menarik perhatiannya. Cantik! puji Am. Dia segera mendekati gadis  itu. Misi playboy bermula sekarang!
“Hai, adik manis..” tegur Am yang sudah menghampiri gadis itu.
        Gadis itu menguntum senyuman manis.
“Pelajar baru ke?” soal Am lagi.
“Haah. Baru daftar dua hari lepas. Sekarang ni tengah orientasi. Abang?” soal gadis manis itu.
“Oh... abang dah tahun akhir. Ambil course apa?”
Courses bisnes..”
“Oh, bakal usahawanlah ni?”
Gadis itu hanya tersenyum.
“Nama siapa?” soal Am kembali.
“Aliesha Maisarah... panggil Sarah aje..”
“Cantik nama. Secantik tuannya. Nama abang Am Adli. Panggil abang Am aje..” kata Am tersenyum lebar. Jerat nak masuk ni.
“Oh, abang Am... eh, saya masuk dewan dulu ye.” Sarah meminta diri namun di tahan oleh Am.
“Nanti dulu. Boleh abang mintak nombor Sarah? Senang nak berhubung nanti..”
“Boleh. abang ambil nombor saya...” balas Sarah.
Am segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menekan punat telefon apabila Sarah menyebut nombor telefonnya.
Orite, terima kasih adik manis. Nanti abang call ya?” Am memberi ayat manis untuk gadis itu. Kelihatan Sarah sudah tersipu-sipu malu. Am tersenyum sinis. Mangsa sudah ,masuk perangkap.
“Masuklah dewan cepat. Nanti kena marah pula. Pensyarah dekat sini garang-garang tau. Nanti kita jumpa lagi ye.” kata Am seraya mengenyitkan mata. Hatinya sudah ketawa terbahak-bahak. Aku memang handal mengayat perempuan.

“KAK SHA!!!!” jerit satu suara.
Aku segera menoleh. Sarah? Aku segera menghampiri Sarah.
“Sarah? Anak Pak Ngah kan?” aku bertanya untuk kepastian.
“Iyelah. Sarahlah ni. Kak Sha belajar dekat sini ke?” Tanya Sarah.
Aku pantas mengangguk.
 “Sarah buat apa dekat sini?”
“Sarah belajar dekat sini kak. Sarah ambil courses bisnes..” kata Sarah teruja. Aku lagi teruja. Dapat jumpa sepupu sendiri dekat kolej ni.
“Siapa ni?” tegur Ard tiba-tiba. Aku segera menepuk dahi. Oh boy! Lupa pulak nak kenalkan.
Beb, ni sepupu belah ayah aku. Aliesha Maisarah. Sarah, ni kawan sehidup semati Kak Sha, Ard..” aku memperkenalkan merekan antara satu sama lain.
“Hai, Kak Ard..” sapa Sarah.
“Hai, baby girl. Cantik gila sepupu kau, Sha. Kau pun kalah.” usik Ard. Aku dah panas hati. Segera aku menyekeh kepala Ard. Ard mengaduh  kesakitan.
“Cakap tu baik sikit. Ada kau makan guna straw kang.” aku mengugut Ard. Ard hanya tersengih. Ada dikatanya muka aku tak cantik? Hello, bukan tak cantik. Sweet aje okey!
“Sarah tinggal hostel ke rumah sewa?” aku mula menyoal.
“Papa suruh Sarah tinggal hostel, Kak Sha. Tapi Sarah nak duduk luar. Tak bestlah duduk hostel. Tak bebas..” balas Sarah.
Aku menjengilkan biji mata. “Amboi, sambung belajar sebab nak hidup bebas ke?”
Eh tak, tak, tak... Maksud Sarah tak ada privasi la Kak Sha. Belum tentu Sarah sebulu dengan geng-geng Sarah tu..” Sarah menerangkan maksudnya tadi.
Aku menangguk tanda bersetuju dengan kata-katanya. Iyelah, semua dari berlainan negeri. Macam-macam ragam. Belum tentu dapat serasi untuk jangka masa yang lama.
“Kalau macam tu, Sarah duduk dengan kitaoranglah, betul tak Sha?” soal Ard.
Aku mengangguk lagi.
“Haah. Duduk dengan kitaorang ajelah. Kitaorang menyewa dengan kawasan sini-sini jugak. Kalau nak, Sarah beritahu Pak Ngah. Beritahu Kak Sha belajar dekat sini jugak. Mungkin dia tak risau sangat..” terangku.
Sarah sudah tersenyum kesukaan. Iyelah, budak baru nak merasa hidup sendiri tanpa ibu bapa. Memang beginilah gayanya. Macam aku jugak masa baru mula-mula masuk ke kolej. Excited kemain lagi!
“Nanti Sarah telefon papa. Terima kasih Kak Sha, Kak Ard..” balas Sarah.
Aku dan Ard hanya menganggukkan kepala.
Eh, Abang Am!!” Sarah memanggil seseorang.
Aku dengan Ard saling berpaling. Am? Macam pernah dengar je nama tu?
Aku dan Ard pantas berpaling melihat empunya badan. Seketika, ternganga mulut kami. Sarah kenal Am?
“Sarah kenal mamat tu?” aku menyoal.
“Baru aje kenal tadi. Tadi sarah terjumpa dia dekat depan dewan masa Sarah nak masuk orientasi. Handsomekan abang tu?” Sarah mula menggedik.
Am melangkah menghampiri kami. Dia langsung buat tak nampak aku depan mata dia ni. Buta ke apa?
“Hai, adik manis...” tegur Am. Sarah sudah tersipu-sipu malu.
“Hai, abang Am...” balas Sarah malu-malu.
Aku sudah mengecilkan mata. Meminta penjelasan mamat playboy ini. Dia masih lagi beriak sahaja. Eii, geramnya!
“Sarah buat apa dekat sini?” soal Am.
“Oh, Sarah jumpa sepupu Sarah. Kenalkan, ini Kak Sha..” kata Sarah sambil menunjuk ke arahku.
“Sepupu?” soal Am terkejut.
“Kenapa, abang?” soal Sarah kembali.
“Tak ada apa-apa. Macam tak percaya pulak Sha ni sepupu Sarah. Jauh panggang dari api. Sarah lagi cantik dari Kak Sha...” kata Am sinis.
Ard berbisik dekat telingaku, “Kan aku dah kata, sepupu kau lagi lawa...”
“Kau ni memang nak kena makan guna straw kan?” marahku juga berbisik. Ard tersenyum sumbing. Gerun dengan ugutan Sha. Sha cakap memang dia buat.
“Kami dah kenal dah Sarah..” jawab Ard bagi pihak aku.
“Oh, dah kenal ye? Baguslah. Boleh jadi kawan Sarah dekat sini..” balas Sarah ceria.
“Boleh aje adik manis. Abang sanggup lakukan apa saja untuk Sarah...” ayat manisnya sudah keluar.
Sarah sudah tersipu-sipu malu. Aku mengecilkan mata tanda memberi amaran kepada Am.
“Okeylah. Sarah pergi dulu ye. Sarah ada orientasi kejap lagi. Jumpa lagi Kak Sha, Kak Ard, Abang Am...” kata Sarah seraya berlalu meninggalkan kami.
Am sudah mahu beredar namun aku sempat menarik lengannya.
“Kau jangan nak main-mainkan sepupu aku..” aku memberi amaran. Melihat dari wajah Am, aku sudah tahu Am mahu ‘usha’  Sarah. Aku tak akan biarkan sepupu aku merana sebab mamat playboy ni!
“Kau ni apehal? Ini urusan aku. Suka hati akulah!” bentak Am.
“Tapi dia adik sepupu aku! Aku tak akan biarkan kau mempermainkan dia. Kalau kau main-mainkan perasaan dia. Kau akan berhadapan dengan aku.” aku mula memberi amaran.
Do I care???” itu sahaja yang keluar dari mulut Am. Am segera menepis tangan aku kemudian berlalu menuju ke kafe. Aku merengus geram. Aku kena beri amaran kepada Sarah!