Pages

Peminat Novel

Blog Page

29 Aug 2012

Cerpen - Budak Nerd itu Suamiku



“Farisha!” jerit Hakimi sekuat hati. Geram melihat sikap tidak kisah Farisha apabila dipeluk lelaki yang bukan muhrimnya. Tiada langsung perasaan malu. Hakimi bingkas menarik Farisha keluar dari club jahanam itu. Farisha merentap tangannya dan merenung tajam melihat Hakimi. Kadang-kadang dia hairan, macam mana Hakimi tahu dia berada di mana sedangkan keluarganya pun tidak tahu dia keluar. Hakimi yang memahami maksud renungan Farisha mula menundukkan wajah. Dia tahu sekarang ini Farisha sangat marahkan dirinya. Tapi apa yang dia boleh buat, dia cukup geram  melihat adegan yang baru berlaku tadi. Seolah-olah Farisah sudah tidak ada agama. “Kau apahal?! Kenapa kau tarik tangan aku ha?! Kau siapa nak masuk campur urusan aku?!” jerkah Farisha tiba-tiba.  “Aku... Aku....” jawab Hakimi tergagap.  Apabila melihat Farisha melenting begini, dia jadi takut membalas kata-kata wanita itu. “Kau apa?!” jerit Farisha. “Ah! Aku tak suka kau berpelukan dengan lelaki bukan muhrim. Berdosa tahu tak?!” jawab Hakimi dengan nada sedikt meninggi. Dia tidak peduli. Dia harus tegas dengan Farisha. Kalau tidak makin menjadi perangai wanita itu. Farisha terkedu. Tak pernah sekali pun budak nerd ni menengking dirinya. Kenapa hari ni? Kenapa perlu waktu dia tengah bersuka ria? “Kau tengking aku Im? Kau tengking aku?!” soal Farisha kasar. “Kau siapa nak masuk campur hal aku ha? Kau tak ada hak tahu tak? We nothing! Jadi, please stay away from me! Budak nerd!” jerit Farisha sekuat hati sebelum berlalu pergi meninggalkan Hakimi yang masih kaku di tepi jalan.
*****
Sudah seminggu mereka tidak bertegur sapa. Tiada siapa yang ingin mengalah. Farisha dengan keras kepalanya. Hakimi pula dengan egonya. Masing-masing buat hal sendiri. Walaupun satu pejabat, mereka tidak bertegur sapa apatah lagi membalas senyum. Tetapi Hakimi tetap mengawasi tingkah laku Farisha. Risau juga keselamatan Farisha. Dengan perangainya seperti itu, tidak mustahil ada lelaki yang akan mengambil kesempatan atas dirinya. Jadi, Hakimi sentiasa mengawasi pergerakan Farisha cuma Farisha sahaja yang tidak tahu. Alasannya hanya satu, perasaan sayang yang mula hadir dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia mempunyai perasaan seperti itu. Tetapi dia amat sayangkan wanita itu. Lagipun mustahil Farisha akan suka kepadanya yang hanya seorang budak pejabat yang menghantar surat. Tiada apa yang nak dibanggakan berbanding Farisha yang berjawatan lebih tinggi daripadanya. Persahabatan ini terjalin sewaktu dia ingin meminta pekerjaan di pejabat ini. “Eh, Im. Aku tengok kau dengan Sha tu dah lama tak bertegur sapa. Kau orang bergaduh ke?” soal rakan karib Hakimi, Amran. Hakimi hanya mendiamkan diri. Amran amat memahami akan kebisuan Hakimi. “Kau gaduh pasal apa pulak kali ni?” soal Amran “Jangan pasal perangai dia yang macam tak ada iman tu dah la” sambung Amran lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Intan Farisha. Wanita berkaliber tetapi sangat liar dan gaya hidupnya yang bebas. “Betullah kau cakap, Am. Memang pasal tu. Semalam aku jumpa dia dekat club. Berpelukan dengan jantan! Sakit hati aku Am” jawab Hakimi sayu. Amran memang sudah lama tahu akan perasaan Hakimi terhadap majikannya. Sudah puas dia menasihati Hakimi supaya berterus terang tentang perasaannya tapi Hakimi hanya buat tidak tahu sahaja. “Aku rasa sudah tiba masa kau beritahu perasaan kau dekat dia. Biar dia tahu orang yang dia herdik selama ni sayangkan dia.” kata Amran sambil menepuk perlahan bahu Hakimi.
*****
“Intan Farisha!” jerit Hakimi dari tepi koridor pejabatnya. Dia melangkah laju menghampiri Farisha yang hanya mendiamkan diri di tepi jalan. “Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau..” kata Hakimi sesudah sampai di hadapan Farisha. Farisha masih lagi mendiamkan diri. Hakimi menarik nafas panjang sebelum berbicara. Dia perlu berterus terang tentang perasaannya. Dia tidak peduli jika Farisha menolaknya tetapi sekurang-kurangnya dia lega. Perasaan dia telah di ketahui Farisha. “Sha, aku nak mintak maaf dengan kau tentang hal tempoh hari. Aku takde niat nak masuk campur urusan kau. Cuma aku tak suka kau berpelukan dengan lelaki. Kau tau kan berdosa hukumnya?” pujuk Hakimi perlahan. “Peduli apa aku dengan dosa? Kau siapa nak sibuk? Tak payah nak bagi ceramah free kat aku la. Geli aku dengar tahu tak?” balas Farisha selamba. “Ye, aku tahu aku bukan sesiapa bagi kau. Tapi kau kawan aku, Sha. Jadi mana yang salah, aku patut tegur..” balas Hakimi. “Ah! Malas la aku nak layan kau. Aku gerak dulu” balas Farisha sambil berlalu pergi. “Aku...Aku.. Aku cintakan kau!” jerit Hakimi. Kaki Farisha terus berhenti melangkah dan sepantas kilat Farisha menerpa ke arah Hakimi. “Kau cakap apa tadi?” soal Farisha kasar. “Aku cintakan kau..” jawab Hakimi. Ya, dia cintakan Intan Farisha. Dia tidak silap menilai perasaannya. “Hello, Mr.Hakimi Ikhmal. Kau mimpi ke? Kau ingat kau layak ke nak bercinta dengan aku? Kau tu budak pejabat je. So, please stop dreaming! Budak nerd!” jawab Farisha selamba tanpa memikirkan perasaan Hakimi. Hakimi terus menundukkan muka dan cuba mencari kekuatan untuk membalas kata-kata Farisha sebentar tadi. “Yes, memang aku budak nerd. Tapi aku ikhlas cintakan kau. Mungkin kau yang tak layak dapatkan cinta aku. Kau tengoklah nanti bila aku tak ada dalam hidup kau, macam mana kau nak hadapi kehidupan kau yang mendatang. Jangan sombong sangat, Sha. Satu je aku nak nasihatkan kau. Jangan terlalu membenci orang, kelak kau yang akan merana. Maafkan aku selama aku berkhidmat di syarikat kau. I’m resigned..” balas Hakimi dan terus berlalu meninggalkan Farisha yang termangu dengan kata-kata Hakimi.
*****
Beberapa bulan kemudian...
“Sha, remember. Malam ni kita ada party tau. Celebrate birthday aku. Kau jangan tak datang pulak..” soal kawan baik Farisha, Elly. “Of course, dear. Aku kan orang penting dalam party  tu. Mana boleh kalau tak datang. Tak fun la..” jawab Farisha dan diikuti gelak oleh Elly. “Orite, see you tonight, honey.. Daa..” balas Elly sebelum berlalu keluar dari bilik Farisha. Farisha menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi. Tiba-tiba dia teringatkan Hakimi. “Hakimi, kau apa khabar sekarang?” soal Farisha seorang diri. “Ah! Malaslah aku nak fikir pasal dia. Buang masa aku aje. Lebih baik aku fikir dress apa aku nak pakai malam ni.” kata Farisha keriangan.
*****
Hello, guys!” sapa Farisha kepada semua tetamu yang hadir ke party Elly. Mereka menari-nari dan berpelukan tanpa ada segan silu. Sudahlah berpelukan, mereka juga berani meneguk air haram itu. Keadaan di club menjadi riuh dengan kehadiran mereka. Dalam keadaan mabuk,mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan. Yang mereka tahu, hanya keseronokan. Jam menunjukkan ke angka 3.00 pagi. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk pulang. Dalam keadaan Farisha yang mabuk tidak mungkin dia dapat memandu kereta. “Sha, I hantar you balik?” pelawa Arshad, jejaka yang tidak lepas memeluk Farisha dari tadi. “Why not, dear.. I pun dah tak larat nak drive..” balas Farisha antara sedar dan tidak. “Ok, jom kita naik kereta I..” kata Arshad sambil memeluk Farisha menuju ke kereta. Dalam perjalanan balik, Arshad tidak puas memandang setiap inci tubuh Farisha. Sudah lama dia impikan tubuh Farisha. Mungkin hari ini kesempatan untuk dirinya. Arshad membelok keretanya melalui kawasan gelap. “Arshad, you nak bawa I pergi mana ni? I nak balik la..” tanya Farisha lemah. Dia sudah tidak berdaya lagi. Yang dia tahu, dia ingin segera sampai ke rumah kerana kepalanya semakin berat. Arshad memberhentikan keretanya betul-betul di kawasan semak. Tidak ada siapa yang dapat menghidu perbuatan terkutuknya. “Sha, I sukakan you..” ucap Arshad sambil memeluk Farisha. “Arshad,you buat apa ni? I nak balik la. Let me go!” jerit Farisha sekuat hati. “Kau ingat kali ni kau boleh lepas? Aku dah lama tunggu saat ni..” kata Arshad yang tidak henti mencium leher Farisha. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Arshad. Arshad menjadi semakin berang dan bertindak lebih ganas dengan menampar pipi Farisha berulang kali. “Kurang ajar punya perempuan. Apa yang aku nak tu bagi jela. Kau pun bukan baik sangat. Dah macam takde maruah aku tengok. Lagi nak berlagak bagus!” jerkah Arshad sekuat hati. Belum sempat dia mengapa-apakan Farisha, dia rasa seperti ditarik. Satu tumbukan padu di arahkan pada mukanya. “Kau jangan nak kurang ajar. Hormat sikit pada perempuan. Kalau kau tak puas hati, marilah..” kata Hakimi sedikit menjerit. Entah dari mana munculnya Hakimi. Dia sendiri pun binggung. Tapi yang dia tahu, Hakimi telah selamatkan dia dari lelaki durjana itu. Arshad terus melarikan diri apabila terus-terusan di belasah Hakimi. Hakimi menghampiri Farisha dan terus mengheret Farisha menaiki keretanya.
*****
Suasana di dalam kereta menjadi sunyi. Hanya kedengaran esakan Farisha. “Im, terima kasih... sebab.... sebab kau selamatkan aku. Kalau tak, tak tahu apa setan tu buat dekat aku..” kata Farisha. Hakimi masih mendiamkan diri. Dia sangat marah dengan Farisha kerana cepat mempercayai lelaki. “Im, aku... aku nak minta maaf dengan kau..” sambung Farisha lagi. “Aku...” kata-kata Farisha dipintas cepat oleh Hakimi. “Sudahlah, kau pun dah selamat sekarang. Lain kali, jangan suka-suka naik kereta dengan lelaki yang kau tak kenal. Aku hantar kau balik..” jawab Hakimi tegas. “I love you, Im..” kata Farisha. Hakimi memberhentikan keretanya di tepi jalan. “I love you, Im..” ulang Farisha sekali lagi. Hakimi membiarkan Farisha meneruskan kata-katanya. “ I really do love you. Mungkin bagi kau tak masuk akal. Aku pun tak tahu sejak bila I’m in love but I really love you..” ucap Farisha bersungguh-sungguh. Tanpa membalas kata-kata Farisha, Hakimi terus memecut laju keretanya. Farisha kecewa. Adakah ini balasan terhadapnya kerana menghina Hakimi dulu. Kini baru dia tahu perasaan kecewa apabila cinta di tolak oleh orang yang dia cintai. Farisha pasrah. Perasaan Hakimi terhadapnya sudah terkubur.
*****
Seminggu kemudian...
Rumah Farisha di datangi tetamu yang tidak dia kenali dan membawa dulang hantaran. “Mereka ni salah rumah ke? Mereka nak pinang siapa. Bukan ada anak dara lain pun dalam rumah ni kecuali aku. Tapi siapa yang nak kat aku. Im pun dah tolak aku..” rintih Farisha di dalam hati. “Assalammualaikum..” ucap salah seorang tetamu yang tidak di kenali. “Waalaikummussalam..” sahut ibunya, Datin Maisarah dari dapur. Farisha hanya melihat di balik pintu dapur. “Kami berhajat ingin menyunting bunga yang ada di dalam rumah ni..” salah seorang tetamu itu mula berbicara. “Maksud Encik?” soal ayahnya pula, Datuk Mahmud. “Sebenarnya anak lelaki saya, Hakimi Ikhmal ingin melamar anak perempuan Datuk dan Datin, Intan Farisha menjadi isterinya..” jawab bapa Hakimi, Encik Hamdi. Farisha yang seakan mendengar nama Hakimi disebut terus meluru keluar ke ruang tamu. “Ha, itu dia anak perempuan saya. Saya tidak boleh beri kata putus. Semuanya terpulang pada tuan punya badan..” balas Datuk Mahmud. “Sha, macam mana sayang?”soal Datin Maisarah. “Pak cik, betul ke tadi saya dengar nama Hakimi Ikhmal?” soal Farisha seakan tidak percaya. “Betul, nak. Dia ingin melamar kamu menjadi isterinya. Dia ada dekat luar tu..” kata bapa Hakimi. Farisha meluru keluar dan menuju ke Hakimi. Dia perlukan penjelasan. “Im...” sapa Farisha. Hakimi tersenyum memandang Farisha dan berkata “Sha, mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau, tapi aku janji aku akan menyayangi kau sepenuh hati aku. Aku harap kau sudi jadi isteri aku..” “Aku.... Aku... Aku terima, Im.. Tapi kenapa masa aku bagitahu perasaan aku dekat kau hari tu, kau buat tak tahu..” soal Farisha. “Sebenarnya aku nak dengar luahan hati kau. Aku nak kau sedar tinggi mana pun darjat kita, kita tetap sama, Sha..” balas Hakimi lembut. “Aku mintak maaf Im. Aku janji aku akan berubah dan jadi isteri yang terbaik untuk kau. Aku janji..” bersungguh-sungguh Farisha mengungkap janji. “Nampaknya, anak saya setuju..” kata Datuk Mahmud di balik pintu. Dia bersyukur kerana akhirnya anaknya akan mendirikan rumah tangga. Dia berharap anak Encik Hamdi dapat membimbing Farisha ke jalan yang di redhai. “Alhamdulillah...” sahut semua tetamu yang ada. “Aku cintakan kau..” ucap Hakimi. “Aku pun cintakan kau, budak nerd..” balas Farisha. Hakimi menjengkilkan matanya kerana Farisha masih memanggilnya nerd. Akhirnya mereka berdua tertawa bahagia.

Cerpen - Kau Tercipta Untukku





“Aku tak nak kahwin.... aku tak nak kahwin....!” Jerit Maisarah sekuat hati. Geram hatinya bila memikirkan permintaan ibunya tadi. “Woi.. kau ni kenapa? Dh buang tebiat ke jerit tengah-tengah malam ni... kalau nak emosional pun, tengoklah kiri kanan dulu... kau kenapa?” tanya Farah kehairanan melihat kawannya tiba-tiba seperti singa lapar. Maisarah dan Farah merupakan kawan karib sejak dibangku sekolah lagi. Segala suka dan duka akan diluahkan pada kawan karibnya itu. Sehinggakan sudah bekerja pun, mereka tetap bersama seperti tidak boleh dipisahkan lagi. “Ibu aku telefon tadi... sibuk sangat suruh aku kahwin dengan jejaka idaman malaya dia tu.. aku rimas la.. aku baru je mula kerja.. takde masa la aku nak fikir pasal kahwin ni....” Luah Maisarah. Maisarah binggung. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi. Bila dibangkang cadangan ibunya, ibunya akan mengugut supaya menganggap ibunya sudah mati. Maisarah jadi serba salah. Hendak ditolak permintaan ibunya, dia takut. Ibunya tidak akan sambil lewa dengan apa yang dikatakan. Tapi kalau dia terima permintaan ibunya, dia pasti hidupnya tidak akan bahagia. “Relaks lah kawan.. aku rasa ibu kau ada sebabnya.. mungkin dia tak nak kau berkawan dengan orang yang kurang akhlaknya. Kau tahu jelah duduk kat KL ni macam mane.. ramai yang jahat dari yang baik..” kata-kata Farah menghentikan ingatannya pada ibunya. “Aku rasa kau terima jelah pinangan orang tu... mana tahu dia yang terbaik untuk kau...” sambung Farah lagi... “ Aku belum bersedia lagilah, Farah..” balas Maisarah. “Entahlah, aku pun tak tahu nak kata apa.. tapi bagi aku, kau terima jelah pinangan diorang tu.. kau fikirlah baik-baik farah... aku cuma bagi pendapat je..” kata Farah. Keadaan menjadi sepi seketika. Masing-masing tengah melayan perasaan. Akhirnya Farah bersuara “Dahlah Maisarah, aku nak tidur. Esokkan kita kerja. Kau pun tidur jugak.. nanti jadi kerja aku pulak kena kejut kau pagi esok.. kau tu kalau tidur macam beruang kutub.. hahaha...” perli Farah diakhiri dengan gelak. “Kurang asam kau, Farah” jerit Maisarah smbil mencampak bantal ke arah Farah tapi bantal itu hanya mengena dinding biliknya. Maisarah tersenyum. “Kau memang kawan baik aku, Farah” omel Maisarah di dalan hati.

*****

“Maisarah.. jomlah kita pergi makan.. perut aku dah berbunyi ni..” ajak Farah bila tibanya waktu tengah hari. “Itu jelah kerja kau kan? Makan, makan, makan.... macam mana tak gemuk? Kalau gemuk sangat, lelaki tak pandanglah..” kata-kata Maisarah membuatkan muncung Farah sedepa. “Aku gurau jelah.. gemuk-gemuk kau, kau tetap cantik.. tapi pandangan mata akulah.. kalau pandangan mata orang lain, aku tak tahu.. hahahahaha......” ketawa Maisarah sekuat hati sambil berjalan meninggalkan kawan baiknya itu. “Sesekali dapat menyakat kau, seronok jugak, Farah...” omel Maisarah seorang diri. Mereka berdua berjalan ke arah kedai mamak dihadapan pejabat mereka. Sesudah mereka mengambil makanan yang diinginkan, mereka mencari meja yang paling hujung. Mereka tidak mahu diganggu dengan bunyi bising diluar. Sedang mereka menikmati makanan, Maisarah meluahkan rasa hatinya. “Farah, kau rasa patut ke aku terima pinangan diorang tu?” soal Maisarah. “Ya Allah.... kau ni, tak habis-habis lagi ke cerita semalam? Aku dah cakapkan, kalau ikut pendapat aku, aku memang suruh kau terima.. tapi walau macam mana pun, kau tetap kena fikir buruk baiknya kalau kau terima pinangan diorang tu..” jawab Farah. “Panjangnya kau berleter, Farah..... mengalahkan ibu aku pulak...” omel Maisarah tetapi hanya terluah di dalam hati sahaja. “Itu aku tahu.. tapi aku tak sukalah didesak buat sesuatu yang aku tak suka.. kau pun tahu perangai aku macam mana kan?” soal Maisarah. “Entahlah Maisarah.. aku pun tak tahu nak cakap apa.. kau fikirlah baik-baik... dahlah, mari kita makan..” ajak Farah sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya.

*****

Setibanya mereka dirumah, mereka terus merebahkan diri diatas katil. “Farah... aku tak laratlah nak masak hari ni.. kau masak pulaklah.. tolong ye....” rayu Maisarah seperti kanak-kanak. “Kau ni kan..... yelah.. aku masak.. tapi masak maggi jelah... hahaha...” gelak Farah sambil bangun menuju ke arah dapur. Ingatan Maisarah kembali kepada perbualannya dengan ibunya tempoh hari. “Maisarah, walau apapun yang terjadi, kau mesti bernikah dengan Azhari.. itu pilihan terbaik untuk kau...” suara ibunya mula meninggi. “Oh, nama mamat tu Azhari...” omel Maisarah didalam hati. “Ibu, Sarah bukan budak kecil lagi... bagilah Sarah buat pilihan Sarah sendiri.. jodoh, pertemuan, biarlah Allah yang tentukan, ibu...” rayu Maisarah agar ibunya faham isi hatinya.“Ibu tidak peduli... kau tetap kena kahwin jugak dengan budak Azhari tu... dia budak baik... jangan kau melawan cakap ibu..”  tengking ibunya sambil menghempas gangang telefon. Maisarah tidak menyangka ibunya akan memaksa dia untuk berkahwin dengan pilihan ibunya. Bagi Maisarah, perkahwinan terlalu awal baginya. Lagipun tidak mungkin dia mampu melupakan jejaka yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu. Syukri, nama yang tidak pernah hilang dari ingatannya. Dia masih ingat lagi percintaan mereka di alam persekolahan yang membuatkan dia tidak memandang lelaki lain yang ingin mendekatinya.. Tetapi, jodoh tidak menyebelahi mereka, apabila Syukri terpaksa berpindah sekolah mengikuti keluarganya. Sejak dari itu, mereka tidak lagi menghubungi antara satu sama lain. Maisarah reda. Mungkin Syukri bukan jodoh baginya. Tetapi, kini ibunya mahu dia bernikah dengan lelaki yang di sendiri tidak kenal. Mungkinkah perkara itu akan terjadi? Mampukah dia menyintai lelaki itu seikhlas hatinya? Pelbagai soalan yang berada di benak fikirannya. Ketukan pintu mengembalikan lamunannya ke alam nyata. Maisarah membuka pintu dan mendapati Farah sudah tercegat dihadapan pintu sambil memegang dua mangkuk berisi maggi. Perutnya mula berkeroncong apabila mencium aroma maggi buatan Farah. “Dah, jom kita makan” pelawa Farah sambil menghulurkan mangkuk ke arah Maisarah. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu dan duduk menikmati maggi sambil menonton tv.

*****

Telefon diatas meja berdering menandakan ada panggilan masuk. Maisarah melihat di skrin telefonnya dan tertera nama ibunya. “Assalammualaikum, ibu.. Ada apa ibu telefon Sarah pagi-pagi ni? Soal Maisarah. “Waalaikummussalam... ha, Sarah malam ni keluarga pihak lelaki nak datang makan malam dekat rumah kita.. nak jumpe kau katanya.. kau balik malam ni jugak, jumpa bakal mentua kau.. jumpa sekali bakal suami kau..” balas ibunya. “Tapi,ibu..” Maisarah ingin membalas kata ibunya tetapi dipintas cepat oleh ibunya. “Ibu tidak peduli... kau kena balik jugak.. kalau tidak anggap ibu sudah mati.” sekali lagi ibunya menghempas gagang telefon membuatkan Maisarah berkecil hati dengan sikap ibunya. “Ibu kenapa buat Sarah macam ni?” rintih Maisarah seorang diri. Maisarah berjalan lemah ke meja Farah “Farah, malam ni aku kena balik rumah keluarga aku. Ibu aku tadi telefon... dia kata keluarga pihak lelaki nak datang makan malam dekat rumah aku..” beritahu Maisarah. “Yeke? Baguslah.. kau jumpa je dulu... mane tahu lepas kau dah jumpe dia, hati kau akan terbuka untuk terima dia.. aku tahu kau boleh hadapinya...” Farah memberi kata semangat apabila melihat Maisarah hanya mendiamkan diri.

*****

Maisarah memberhentikan kereta Viva betul-betul dihadapan rumah orang tuanya. Hati Maisarah berdebar-debar saat melihat kereta Vios berada diperkarangan rumahnya. Maisarah seakan ingin berpatah balik, tapi bila terkenangkan ugutan ibunya tempoh hari, membuatkan Maisarah serba salah. “Ya Allah... kau kuatkanlah hati aku dan kau berilah jalan terbaik untuk aku...” mohon Maisarah didalam hati. Maisarah memandu memasuki perkarangan rumahnya. Perlahan-lahan Maisarah keluar dari kereta dan membuka pintu rumahnya. “Assalammualaikum...” Maisarah memberi salam kepada semua yang berada diruang tamu. “Waalaikummussalam... itu pun dia.. baru kita sebut-sebut nama dia.. Sarah, masuk nak... jumpa dengan mak dan ayah mertua kau..” arah ibunya. Maisarah berjalan menghampiri wanita yang dikatakan bakal menjadi ibu mertuanya tidak lama lagi. Kemudian, Maisarah bersalam pula dengan lelaki yang bakal menjadi ayah mertuanya. Tiba-tiba mata Maisarah tertancap kepada lelaki yang asyik merenungnya dari tadi. “Macam aku kenal mamat ni..” kata Maisarah didalam hati. Tapi dibiarkan sahaja kerana Maisarah rasa dia tersalah orang. “Ibu... Sarah tolong Mak Yam kat dapur ye...” mohon Maisarah kepada ibunya. Maisarah melangkah laju meninggalkan tetamu yang ada, tetapi dia dapat rasakan yang lelaki tadi masih memandangnya. Maisarah tidak mempedulikan pandangan itu dan terus menuju ke dapur. “Mak Yam... sedapnya bau... tahu-tahu je Sarah tengah rindu dengan masakan Mak Yam” usik Maisarah. “Kamu ni Sarah.. ada-ada jelah.. tolong Mak Yam sendukkan lauk ni.. tetamu kita mesti dah lapar...” kata Mak Yam. Maisarah menyenduk kuah asam pedas ke dalam mangkuk dan di bawanya ke ruang makan. “Ibu, ayah, mak cik, pak cik.... jemput makan...” pelawa Maisarah sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. “Sarah, kau tak pelawa Azhari makan? Kesian dia.. kau ni Sarah... Azhari.. mari makan sekali...” pelawa ibu apabila melihat Azhari masih lagi duduk di ruang tamu. Maisarah hanya mengetap bibir apabila ibu menegur sikapnya.

*****

Suasana menjadi ceria dengan kehadiran bakal mertua Maisarah. Maisarah yang tidak selesa di usik oleh keluarga pihak lelaki terus membawa diri keluar ke beranda. Maisarah merenung bintang yang tersergam indah. Dalam keadaan khayal merenung bintang, Maisarah dikejutkan dengan satu suara. “Assalammualaikum, Sarah....” sapa lelaki itu. Maisarah menoleh dan terkejut melihat lelaki itu berada dibelakangnya. “Mana dia tahu nama aku? Oh.. yela..tadikan ibu ada sebut nama aku.. memanglah dia tahu” omel Maisarah didalam hati. “Waalaikummusalam...” balas Maisarah tetapi tidak berani memandang wajah lelaki itu. “Awak masih ingat saya? soal lelaki itu. “Hah? Aku kenal dia ke? Pelik....” soal Maisarah didalam hati. “Saya kenal awak ke?” soal Maisarah. “Hmm... awak memang dah lupakan saya..” kata Azhari. Maisarah semakin hairan dengan kata-kata lelaki itu. “ Saya Mohd Azhari Syukri Bin Othman. Kita pernah bersekolah di sekolah yang sama.. tapi saya terpaksa pindah sekolah kerana ayah saya di tukarkan ke Melaka.. sekarang awak dah ingat?” Soal Azhari. Maisarah terkebil-kebil memikirkan perihal lelaki ini. “Mohd Azhari Syukri? Kat mana aku pernah dengar nama tu?” soalnya seorang diri. Tiba-tiba Maisarah terkedu “ Syukri??? Mamat yang aku pernah tangkap cintan tu ke?? Aduh..... malunya....” Maisarah berbisik di dalam hati. “Tak sangkakan kita masih dapat berjumpa lagi.. saya ingat kita memang dah takde jodoh..” kata Azhari sambil memandang bintang. “Apa maksud awak?” Maisarah beranikan diri bertanya walhal dia bingung dengan apa yang di ucapkan oleh lelaki itu. “Sebenarnya, lepas saya bertukar sekolah, ada jugak rasa nak berhubung semula dengan awak.. hari-hari saya tunggu panggilan dari awak tapi takde.. saya fikir mungkin awak sudah melupakan saya.. sebab tu saya tak pernah menghubungi awak..” kata Azhari. “Aku ingat kau yang dah lupakan aku...” omel Maisarah seorang diri. “Apa awak cakap, Sarah? Saya tak dengarlah...” soal Azhari apabila melihat mulut Maisarah terkumat-kamit seperti berkata sesuatu. “Erk..... takde pape... saya hairanlah, macam mana awak begitu yakin yang saya ni Sarah yang awak kenal dulu?” soal Maisarah. Azhari tersenyum mendengar pertanyaan Maisarah. “Tak mungkin saya boleh melupakan wajah insan yang  berjaya mencuri hati saya..” jawab Azhari sambil mengenyit mata. Maisarah tertunduk malu mendengar pengakuan Azhari. “Saya harap awak sudi terima saya sebagai suami awak..” soal Azhari. Maisarah hanya mendiamkan diri. “Ya Allah... adakah dia jodoh yang telah kau utuskan kepadaku? Jika benar, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah” Maisarah mengucap beribu kesyukuran di dalam hatikerana setelah sekian lama mereka terpisah akhirnya mereka dipertemukan dan bakal berkahwin. Maisarah tersenyum sendiri.

*****

Hari yang di nantikan menjelang tiba. Akhirnya pada tanggal 10.09.2011 Maisarah dan Azhari diijab kabulkan. Siapa sangka lelaki yang dia tak nak berkahwin tu adalah lelaki yang bertakhta dihatinya dahulu hingga kini. Maisarah bersyukur kerana apa yang diimpikan menjadi kenyataan. “Maisarah.. macam mane kau boleh kahwin dengan ex-boyfriend kau ni.. nasib baik kau jumpe dulu. Kalau tak, mesti dia jadi laki aku.. hahaha.........” usik Farah membuatkan muka Maisarah berona merah. “Aku pun tak tahu nak cakap apa. Tapi aku bersyukur sangat sebab dia yang jadi suami aku...” balas Maisarah. “Sudah-sudah... pengantin perempuan keluar cepat. Pengantin lelaki dah sampai...” kata Mak Andam. Farah mengapit Maisarah dan membawanya ke pelamin. Selang 10minit, pengantin lelaki pun datang dan duduk di sebelah pengantin perempuan. Debaran di hati Maisarah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Acara tepung tawar dilakukan oleh keluarga pengantin perempuan dahulu dan diikuti oleh keluarga pengantin lelaki. Selepas itu, acara mengambil gambar bersama pengantin untuk kenangan. Sedang asyik mereka mengambil gambar, Azhari sempat berbisik ke telinga Maisarah yang kini menjadi isterinya. “Terima kasih sayang sebab sudi terima abang..” Maisarah hanya tersipu malu tetapi di dalam hatinya, dia bersyukur di atas apa yang dia miliki hari ini. “Terima kasih Ya Allah.”