Pages

Peminat Novel

Blog Page

29 Aug 2012

Cerpen - Kau Tercipta Untukku





“Aku tak nak kahwin.... aku tak nak kahwin....!” Jerit Maisarah sekuat hati. Geram hatinya bila memikirkan permintaan ibunya tadi. “Woi.. kau ni kenapa? Dh buang tebiat ke jerit tengah-tengah malam ni... kalau nak emosional pun, tengoklah kiri kanan dulu... kau kenapa?” tanya Farah kehairanan melihat kawannya tiba-tiba seperti singa lapar. Maisarah dan Farah merupakan kawan karib sejak dibangku sekolah lagi. Segala suka dan duka akan diluahkan pada kawan karibnya itu. Sehinggakan sudah bekerja pun, mereka tetap bersama seperti tidak boleh dipisahkan lagi. “Ibu aku telefon tadi... sibuk sangat suruh aku kahwin dengan jejaka idaman malaya dia tu.. aku rimas la.. aku baru je mula kerja.. takde masa la aku nak fikir pasal kahwin ni....” Luah Maisarah. Maisarah binggung. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi. Bila dibangkang cadangan ibunya, ibunya akan mengugut supaya menganggap ibunya sudah mati. Maisarah jadi serba salah. Hendak ditolak permintaan ibunya, dia takut. Ibunya tidak akan sambil lewa dengan apa yang dikatakan. Tapi kalau dia terima permintaan ibunya, dia pasti hidupnya tidak akan bahagia. “Relaks lah kawan.. aku rasa ibu kau ada sebabnya.. mungkin dia tak nak kau berkawan dengan orang yang kurang akhlaknya. Kau tahu jelah duduk kat KL ni macam mane.. ramai yang jahat dari yang baik..” kata-kata Farah menghentikan ingatannya pada ibunya. “Aku rasa kau terima jelah pinangan orang tu... mana tahu dia yang terbaik untuk kau...” sambung Farah lagi... “ Aku belum bersedia lagilah, Farah..” balas Maisarah. “Entahlah, aku pun tak tahu nak kata apa.. tapi bagi aku, kau terima jelah pinangan diorang tu.. kau fikirlah baik-baik farah... aku cuma bagi pendapat je..” kata Farah. Keadaan menjadi sepi seketika. Masing-masing tengah melayan perasaan. Akhirnya Farah bersuara “Dahlah Maisarah, aku nak tidur. Esokkan kita kerja. Kau pun tidur jugak.. nanti jadi kerja aku pulak kena kejut kau pagi esok.. kau tu kalau tidur macam beruang kutub.. hahaha...” perli Farah diakhiri dengan gelak. “Kurang asam kau, Farah” jerit Maisarah smbil mencampak bantal ke arah Farah tapi bantal itu hanya mengena dinding biliknya. Maisarah tersenyum. “Kau memang kawan baik aku, Farah” omel Maisarah di dalan hati.

*****

“Maisarah.. jomlah kita pergi makan.. perut aku dah berbunyi ni..” ajak Farah bila tibanya waktu tengah hari. “Itu jelah kerja kau kan? Makan, makan, makan.... macam mana tak gemuk? Kalau gemuk sangat, lelaki tak pandanglah..” kata-kata Maisarah membuatkan muncung Farah sedepa. “Aku gurau jelah.. gemuk-gemuk kau, kau tetap cantik.. tapi pandangan mata akulah.. kalau pandangan mata orang lain, aku tak tahu.. hahahahaha......” ketawa Maisarah sekuat hati sambil berjalan meninggalkan kawan baiknya itu. “Sesekali dapat menyakat kau, seronok jugak, Farah...” omel Maisarah seorang diri. Mereka berdua berjalan ke arah kedai mamak dihadapan pejabat mereka. Sesudah mereka mengambil makanan yang diinginkan, mereka mencari meja yang paling hujung. Mereka tidak mahu diganggu dengan bunyi bising diluar. Sedang mereka menikmati makanan, Maisarah meluahkan rasa hatinya. “Farah, kau rasa patut ke aku terima pinangan diorang tu?” soal Maisarah. “Ya Allah.... kau ni, tak habis-habis lagi ke cerita semalam? Aku dah cakapkan, kalau ikut pendapat aku, aku memang suruh kau terima.. tapi walau macam mana pun, kau tetap kena fikir buruk baiknya kalau kau terima pinangan diorang tu..” jawab Farah. “Panjangnya kau berleter, Farah..... mengalahkan ibu aku pulak...” omel Maisarah tetapi hanya terluah di dalam hati sahaja. “Itu aku tahu.. tapi aku tak sukalah didesak buat sesuatu yang aku tak suka.. kau pun tahu perangai aku macam mana kan?” soal Maisarah. “Entahlah Maisarah.. aku pun tak tahu nak cakap apa.. kau fikirlah baik-baik... dahlah, mari kita makan..” ajak Farah sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya.

*****

Setibanya mereka dirumah, mereka terus merebahkan diri diatas katil. “Farah... aku tak laratlah nak masak hari ni.. kau masak pulaklah.. tolong ye....” rayu Maisarah seperti kanak-kanak. “Kau ni kan..... yelah.. aku masak.. tapi masak maggi jelah... hahaha...” gelak Farah sambil bangun menuju ke arah dapur. Ingatan Maisarah kembali kepada perbualannya dengan ibunya tempoh hari. “Maisarah, walau apapun yang terjadi, kau mesti bernikah dengan Azhari.. itu pilihan terbaik untuk kau...” suara ibunya mula meninggi. “Oh, nama mamat tu Azhari...” omel Maisarah didalam hati. “Ibu, Sarah bukan budak kecil lagi... bagilah Sarah buat pilihan Sarah sendiri.. jodoh, pertemuan, biarlah Allah yang tentukan, ibu...” rayu Maisarah agar ibunya faham isi hatinya.“Ibu tidak peduli... kau tetap kena kahwin jugak dengan budak Azhari tu... dia budak baik... jangan kau melawan cakap ibu..”  tengking ibunya sambil menghempas gangang telefon. Maisarah tidak menyangka ibunya akan memaksa dia untuk berkahwin dengan pilihan ibunya. Bagi Maisarah, perkahwinan terlalu awal baginya. Lagipun tidak mungkin dia mampu melupakan jejaka yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu. Syukri, nama yang tidak pernah hilang dari ingatannya. Dia masih ingat lagi percintaan mereka di alam persekolahan yang membuatkan dia tidak memandang lelaki lain yang ingin mendekatinya.. Tetapi, jodoh tidak menyebelahi mereka, apabila Syukri terpaksa berpindah sekolah mengikuti keluarganya. Sejak dari itu, mereka tidak lagi menghubungi antara satu sama lain. Maisarah reda. Mungkin Syukri bukan jodoh baginya. Tetapi, kini ibunya mahu dia bernikah dengan lelaki yang di sendiri tidak kenal. Mungkinkah perkara itu akan terjadi? Mampukah dia menyintai lelaki itu seikhlas hatinya? Pelbagai soalan yang berada di benak fikirannya. Ketukan pintu mengembalikan lamunannya ke alam nyata. Maisarah membuka pintu dan mendapati Farah sudah tercegat dihadapan pintu sambil memegang dua mangkuk berisi maggi. Perutnya mula berkeroncong apabila mencium aroma maggi buatan Farah. “Dah, jom kita makan” pelawa Farah sambil menghulurkan mangkuk ke arah Maisarah. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu dan duduk menikmati maggi sambil menonton tv.

*****

Telefon diatas meja berdering menandakan ada panggilan masuk. Maisarah melihat di skrin telefonnya dan tertera nama ibunya. “Assalammualaikum, ibu.. Ada apa ibu telefon Sarah pagi-pagi ni? Soal Maisarah. “Waalaikummussalam... ha, Sarah malam ni keluarga pihak lelaki nak datang makan malam dekat rumah kita.. nak jumpe kau katanya.. kau balik malam ni jugak, jumpa bakal mentua kau.. jumpa sekali bakal suami kau..” balas ibunya. “Tapi,ibu..” Maisarah ingin membalas kata ibunya tetapi dipintas cepat oleh ibunya. “Ibu tidak peduli... kau kena balik jugak.. kalau tidak anggap ibu sudah mati.” sekali lagi ibunya menghempas gagang telefon membuatkan Maisarah berkecil hati dengan sikap ibunya. “Ibu kenapa buat Sarah macam ni?” rintih Maisarah seorang diri. Maisarah berjalan lemah ke meja Farah “Farah, malam ni aku kena balik rumah keluarga aku. Ibu aku tadi telefon... dia kata keluarga pihak lelaki nak datang makan malam dekat rumah aku..” beritahu Maisarah. “Yeke? Baguslah.. kau jumpa je dulu... mane tahu lepas kau dah jumpe dia, hati kau akan terbuka untuk terima dia.. aku tahu kau boleh hadapinya...” Farah memberi kata semangat apabila melihat Maisarah hanya mendiamkan diri.

*****

Maisarah memberhentikan kereta Viva betul-betul dihadapan rumah orang tuanya. Hati Maisarah berdebar-debar saat melihat kereta Vios berada diperkarangan rumahnya. Maisarah seakan ingin berpatah balik, tapi bila terkenangkan ugutan ibunya tempoh hari, membuatkan Maisarah serba salah. “Ya Allah... kau kuatkanlah hati aku dan kau berilah jalan terbaik untuk aku...” mohon Maisarah didalam hati. Maisarah memandu memasuki perkarangan rumahnya. Perlahan-lahan Maisarah keluar dari kereta dan membuka pintu rumahnya. “Assalammualaikum...” Maisarah memberi salam kepada semua yang berada diruang tamu. “Waalaikummussalam... itu pun dia.. baru kita sebut-sebut nama dia.. Sarah, masuk nak... jumpa dengan mak dan ayah mertua kau..” arah ibunya. Maisarah berjalan menghampiri wanita yang dikatakan bakal menjadi ibu mertuanya tidak lama lagi. Kemudian, Maisarah bersalam pula dengan lelaki yang bakal menjadi ayah mertuanya. Tiba-tiba mata Maisarah tertancap kepada lelaki yang asyik merenungnya dari tadi. “Macam aku kenal mamat ni..” kata Maisarah didalam hati. Tapi dibiarkan sahaja kerana Maisarah rasa dia tersalah orang. “Ibu... Sarah tolong Mak Yam kat dapur ye...” mohon Maisarah kepada ibunya. Maisarah melangkah laju meninggalkan tetamu yang ada, tetapi dia dapat rasakan yang lelaki tadi masih memandangnya. Maisarah tidak mempedulikan pandangan itu dan terus menuju ke dapur. “Mak Yam... sedapnya bau... tahu-tahu je Sarah tengah rindu dengan masakan Mak Yam” usik Maisarah. “Kamu ni Sarah.. ada-ada jelah.. tolong Mak Yam sendukkan lauk ni.. tetamu kita mesti dah lapar...” kata Mak Yam. Maisarah menyenduk kuah asam pedas ke dalam mangkuk dan di bawanya ke ruang makan. “Ibu, ayah, mak cik, pak cik.... jemput makan...” pelawa Maisarah sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. “Sarah, kau tak pelawa Azhari makan? Kesian dia.. kau ni Sarah... Azhari.. mari makan sekali...” pelawa ibu apabila melihat Azhari masih lagi duduk di ruang tamu. Maisarah hanya mengetap bibir apabila ibu menegur sikapnya.

*****

Suasana menjadi ceria dengan kehadiran bakal mertua Maisarah. Maisarah yang tidak selesa di usik oleh keluarga pihak lelaki terus membawa diri keluar ke beranda. Maisarah merenung bintang yang tersergam indah. Dalam keadaan khayal merenung bintang, Maisarah dikejutkan dengan satu suara. “Assalammualaikum, Sarah....” sapa lelaki itu. Maisarah menoleh dan terkejut melihat lelaki itu berada dibelakangnya. “Mana dia tahu nama aku? Oh.. yela..tadikan ibu ada sebut nama aku.. memanglah dia tahu” omel Maisarah didalam hati. “Waalaikummusalam...” balas Maisarah tetapi tidak berani memandang wajah lelaki itu. “Awak masih ingat saya? soal lelaki itu. “Hah? Aku kenal dia ke? Pelik....” soal Maisarah didalam hati. “Saya kenal awak ke?” soal Maisarah. “Hmm... awak memang dah lupakan saya..” kata Azhari. Maisarah semakin hairan dengan kata-kata lelaki itu. “ Saya Mohd Azhari Syukri Bin Othman. Kita pernah bersekolah di sekolah yang sama.. tapi saya terpaksa pindah sekolah kerana ayah saya di tukarkan ke Melaka.. sekarang awak dah ingat?” Soal Azhari. Maisarah terkebil-kebil memikirkan perihal lelaki ini. “Mohd Azhari Syukri? Kat mana aku pernah dengar nama tu?” soalnya seorang diri. Tiba-tiba Maisarah terkedu “ Syukri??? Mamat yang aku pernah tangkap cintan tu ke?? Aduh..... malunya....” Maisarah berbisik di dalam hati. “Tak sangkakan kita masih dapat berjumpa lagi.. saya ingat kita memang dah takde jodoh..” kata Azhari sambil memandang bintang. “Apa maksud awak?” Maisarah beranikan diri bertanya walhal dia bingung dengan apa yang di ucapkan oleh lelaki itu. “Sebenarnya, lepas saya bertukar sekolah, ada jugak rasa nak berhubung semula dengan awak.. hari-hari saya tunggu panggilan dari awak tapi takde.. saya fikir mungkin awak sudah melupakan saya.. sebab tu saya tak pernah menghubungi awak..” kata Azhari. “Aku ingat kau yang dah lupakan aku...” omel Maisarah seorang diri. “Apa awak cakap, Sarah? Saya tak dengarlah...” soal Azhari apabila melihat mulut Maisarah terkumat-kamit seperti berkata sesuatu. “Erk..... takde pape... saya hairanlah, macam mana awak begitu yakin yang saya ni Sarah yang awak kenal dulu?” soal Maisarah. Azhari tersenyum mendengar pertanyaan Maisarah. “Tak mungkin saya boleh melupakan wajah insan yang  berjaya mencuri hati saya..” jawab Azhari sambil mengenyit mata. Maisarah tertunduk malu mendengar pengakuan Azhari. “Saya harap awak sudi terima saya sebagai suami awak..” soal Azhari. Maisarah hanya mendiamkan diri. “Ya Allah... adakah dia jodoh yang telah kau utuskan kepadaku? Jika benar, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah” Maisarah mengucap beribu kesyukuran di dalam hatikerana setelah sekian lama mereka terpisah akhirnya mereka dipertemukan dan bakal berkahwin. Maisarah tersenyum sendiri.

*****

Hari yang di nantikan menjelang tiba. Akhirnya pada tanggal 10.09.2011 Maisarah dan Azhari diijab kabulkan. Siapa sangka lelaki yang dia tak nak berkahwin tu adalah lelaki yang bertakhta dihatinya dahulu hingga kini. Maisarah bersyukur kerana apa yang diimpikan menjadi kenyataan. “Maisarah.. macam mane kau boleh kahwin dengan ex-boyfriend kau ni.. nasib baik kau jumpe dulu. Kalau tak, mesti dia jadi laki aku.. hahaha.........” usik Farah membuatkan muka Maisarah berona merah. “Aku pun tak tahu nak cakap apa. Tapi aku bersyukur sangat sebab dia yang jadi suami aku...” balas Maisarah. “Sudah-sudah... pengantin perempuan keluar cepat. Pengantin lelaki dah sampai...” kata Mak Andam. Farah mengapit Maisarah dan membawanya ke pelamin. Selang 10minit, pengantin lelaki pun datang dan duduk di sebelah pengantin perempuan. Debaran di hati Maisarah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Acara tepung tawar dilakukan oleh keluarga pengantin perempuan dahulu dan diikuti oleh keluarga pengantin lelaki. Selepas itu, acara mengambil gambar bersama pengantin untuk kenangan. Sedang asyik mereka mengambil gambar, Azhari sempat berbisik ke telinga Maisarah yang kini menjadi isterinya. “Terima kasih sayang sebab sudi terima abang..” Maisarah hanya tersipu malu tetapi di dalam hatinya, dia bersyukur di atas apa yang dia miliki hari ini. “Terima kasih Ya Allah.”

3 comments:

Dah baca? Macam mana, ok tak? Silalah komen ^^,